Laman Utama

Menu Utama
Laman Utama
SMS ke YB
INFO YB
Hubungi Kami
Forum Rakyat
Kelab InfoRakyat
Berita Terkini
Pusat Khidmat Masyarakat
INFO Pusat K.M
SMS ke Pusat K. M.
KOHILAL
Pengumuman Admin


Pendaftaran Keahlian InfoRakyat.Com

Salam Sejahtera. Kami mengucapkan selamat melayari lamanweb inforakyat.com
Anda hendaklah "register" pada ruangan "Login Form" terlebih dahulu bagi membolehkan anda menghantar sebarang respon dalam Forum Rakyat. Terima Kasih.


SMS ke YB

Perkhidmatan SMS ke YB-YB Pakatan Rakyat telah beroperasi. Anda boleh menghantar sebarang cadangan, aduan, masalah, komen dan ucapan terus kepada YB anda sekarang.
Untuk sertai Kelab Inforakyatsila Taip ON INFORAKYAT SMS ke 32244.


Pilihanraya Kecil P36 Kuala Terengganu

Ikutilah perkembangan Pilhanraya Kecil Kuala Terengganu di Inforakyat.com. Berdoalah supaya kemenangan besar berpihak kepada PAS. PAS FOR ALL


BICARA RAKYAT
Name:

Message:

Login Form





Lost Password?
No account yet? Register
Visitors Counter
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday69
mod_vvisit_counterYesterday72
mod_vvisit_counterThis week208
mod_vvisit_counterThis month641
Who's Online
We have 2 guests online
Iklan Berbayar
hanya 10 minit sehari, untung melebihi 100%

Daftar Sekarang !!!

jimatweb.gif

WAKTU SEMBAHYANG
  GMT   8
  Arah Kiblat   291° 50′ 6″
Waktu Solat
  Imsak      5:55
  Subuh      6:05
  Syuruk      7:21
  Zohor      13:25
  Asar      16:45
  Maghrib      19:18
  Isyak      20:33

 

Pilihan Saya
Dengan mandat rakyat berjayakah PR menguasai semula Perak?
 
SUARA PEMBANGKANG
Image

CERAMAH DATUK SERI ANWAR CUBA DIGAGALKAN POLIS DENGAN GAS PEMEDIH MATA

SUNGAI PETANI, 23 Mac  - Polis telah melepaskan gas pemedih mata ke arah orang ramai yang berhimpun untuk mendengar ceramah Dato' Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi.

Selain tembakan tersebut, trak FRU juga telah mengguna water cannon dengan menyembur air ke arah oarang awam yang sejak awal lagi sudah berkumpul untuk mendengar amanat Anwar bersempena pilihan raya kecil Bukit Selambau yang akan di adakan pada 7 April depan. Kejadian itu berlaku kira-kira 10 minit selepas Anwar memperkenalkan calon KeADILan Bukit Selambau kepada umum.

Tindakan polis telah mengakibatkan suasana menjadi kelam-kabut dan ceramah beliau terpaksa dibatalkan yang diadakan di padang awam Cinta Sayang Sungai Petani.

Dianggarkan lebih 1,000 polis berada di padang tersebut dan cuba menyuraikan hampir 10,000 orang ramai yang berhimpun.

Keadaan menjadi huru-hara apabila orang ramai sukar mencari tempat perlindungan setelah terkena kira-kira 50 das tembakan.

Difahamkan 4 orang telah ditangkap dan terdapat pelbagai sekatan jalan raya menju ke tempat ceramah.

Perkara itu disahkan sendiri oleh seorang penulis dan novelis terkenal yang turut berada di tempat kejadian melalui sistem pesana ringkas kepada Harakahdaily jam 10 malam tadi.

Berita lanjut menyusul - azm_

 

PIDATO DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

KUALA LUMPUR 8 Mac - KETUA Umum KeADILan Anwar Ibrahim berkata ketuanan rakyat perlu tegak di atas prinsip persaudaraan sesama manusia, tanpa mengira warna kulit, keturunan, agama dan kepercayaan dam konteks Malaysia

Beliau memulakan ucapan pidato di Auditorium Majlis Bandaraya Shan Alam (MBSA) sempena ‘Pidato Kebangsaan Ketuanan Rakyat’  petang tadi dengan mengingati keputusan rakyat yang dibuat setahun yang lalu dan ketuanan rakyat tidak berkaitan tentang kekuasaan semata-mata.

Malaysia merupakan sebuah negara yang sangat kaya dengan kebudayaan punyai oleh masyarakat berbilang kaum. Maka kerajaan harus ditentukan oleh rakyatnya sendiri.

Fahaman ketuanan satu kaum yang disebarkan oleh Umno sungguh tidak berasas. Mereka dengan sengaja memesongkan maksud sebenar falsafah negara kebangsaan itu demi kepentingan segelintir yang memerintah.

“Rakyat ternyata lebih bijak dari peramal politik seperti tukang tenung politik yang meramalkan Barisan Nasional akan menang besar dan pencabar mereka akan kecundang,” kata Anwar

“Jentera dan dana yang digunakan oleh BN menggerunkan. Parti-parti Pakatan Rakyat - Keadilan, DAP dan Pas yang terpaksa berentap dengan segala kekurangan dana, jentera dan tekanan. Kita dihujani dengan pelbagai fitnah dan sekatan. Namun dengan segala keterbatasan tersebut rakyat telah menyebelahi kita, dan membuka lembaran baru dalam politik Malaysia,” jelas beliau.

Beliau juga menyentuk soal institusi parlimen di negara ini dengan berkata “Parlimen adalah institusi untuk menjaya dan melaksanakan prinsip ketuanan rakyat. Kita mahu parlimen benar-benar menyuarakan hasrat rakyat, membahaskan kepentingan rakyat,”

“Ketika membahaskan Belanjawan Negara yang dibentang oleh Perdana Menteri yang ketika itu Menteri Kewangan, kami telah menolak belanjawan tersebut kerana tidak mengambil kira iklim ekonomi dunia yang meleset parah berikutan kemelut ekonomi Amerika Syarikat,” beliau berkata.

Isu krisis ekonomi yang melanda negara ini, beliau menyatakan supaya kerajaan mengambil pendekatan baru yang lebih drastik untuk mengelakkan ekonomi Malaysia dari merudum.

“Menteri Kewangan dahulu dan Menteri Kewangan sekarang terus menafikan malah sering mengulangi bahawa asas ekonomi Malaysia kukuh. Hanya dua minggu yang lalu Menteri Kewangan bagaikan terpinga-pinga mengatakan tiada siapa yang menjangkakan ekonomi Malaysia akan menghadapi kegawatan seteruk sekarang,” telah beliau.

“Pakej ransangan awal lesap menjadi debu melainkan syarikat dan kontraktor terpilih. Pakej ransangan kedua masih kecil dan tidak berupaya memulih keyakinan,” katanya.

Belai memberi jaminan bahawa ahli-ahli parlimen akan menggegarkan Parlimen untuk memastikan persoalan rakyat didengar dan diselesaikan.

“Kita telah berulang kali menyebutkan mutu pendidikan kita yang merosot, kos kesihatan yang meningkat, harga barang yang melambung tinggi dan pengurusan negara yang tidak bersepadu dan pentadbiran yang  kucar kacir.

Perkara mahkamah yang dibangkitkan adalah mahkamah dan institusi kehakiman dibentuk agar berlakunya tata hukum dan keteraturan yang adil dalam negara.

“Tetapi rakyat menyaksikan bagaimana mahkamah dinodai untuk mencapai nafsu dan cita-cita kotor penguasa. Maka rakyat bangun menuntut mahkamah dan sistem kehakiman dibersihkan dari noda kuasa pemerintah. Sehingga hari ini rakyat terus memperjuangankan cita-cita ini,” tegas Anwar lagi.

“Peguam-peguam kita terus berhujah dimahkamah, mengemukakan hujah undang-undang dan budibicara agar mahkamah berdiri di atas prinsip hukum dan keadilan. Rakyat telah menyaksikan beberapa hakim yang berani, rakyat juga menyaksikan jumhur hakim yang tunduk kepada tekanan mereka penguasa,” katanya.

Menyentuh soal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang sebaik dilancar menjadi momokan lembu dicucuk hidung dan Suruhanjaya Kehakiman tidak diyakini kewibawaannya.

“Suara rakyat yang sudah sekian lama dibungkam dan ditindas, meronta dan menjerit. Mereka turun ke jalan raya dengan aman yakin bahawa suara rakyat suara keramat. Mereka menuntut hak mereka yang dikurnia Maha Pencipta serta yang termaktub di dalam Perlembagaan,” jelasnya lagi.

“Kita tidak berkompromi sama sekali dengan rasuah, kita bersyukur lantaran langkah awalan tersebut, kita telah menjimatkan ratusan juta wang rakyat serta dapat mengagihkan Kita peluang yang lebih kepada peniaga-peniaga kecil dan sederhana terutamanya kepada Bumiputera,” tambah beliau.

Beliau membanding antar negeri-negeri Pakatan Rakyat iaitu seperti Kelantan  yang mempunyai kadar rasuah dan kadar jenayah paling rendah. Malah dengan hasil mahsul negeri yang relatifnya kecil mereka mampu menjana program kebajikan rakyat yang boleh diteladani.

Di Pulau Pinang pelaburan meningkat dua kali ganda dalam setahun, di Perak meningkat kepada RM 3.4 billion. Pelaburan di Selangor mencacat tertinggi dalam 9 tahun, sebanyak RM 11.87 billion dan telah mencipta 30,000 pekerjaan baru untuk rakyat Malaysia.

Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim turut memberi tumpuan kepada program perumahan untuk rakyat terbanyak, memperbaiki sistem pengangkutan awam dan menangani kesesakan jalan yang semakin rumit.

“Selangor dan Perak telah mengurangkan beban rakyat dizaman kemelesetan ini dengan memberikan air percuma kepada rumah-rumah termiskin. Kerajaan Perak telah memberikan geran tanah kepada keluarga-keluarga yang layak secara adil termasuk untuk Orang Asli, Melayu dan Cina.”

“Kita percaya bahawa sumbangan terpenting yang boleh kita lakukan adalah untuk pendidikan anak-anak. Kita mahukan generasi akan datang bersaing di dalam ekonomi serantau dan dunia,” jelas anwar lagi.

Mengenai perjuangan bahasa Melayu, Anwar berkata, suatu ketika dahulu pelajar-pelajar sekolah menyanyikan lagu “Bahasa Jiwa Bangsa”.

“Perjuangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kemudiannya bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu bukan sahaja perjuangan orang Melayu, tetapi satu perjuangan kebangsaan, perjuangan membentuk rupa bangsa Malaysia yang bersatu padu,”

“Tetapi semalam mereka yang memperjuangan Bahasa Melayu ditembak dengan gas pemedih mata kerana mempertahankan bahasa melayu dan hak bahasa ibunda,” tambah Anwar mengakhiri ucapan pidato beliau.

 

 
< Prev   Next >
PARTI



AKHBAR ALTERNATIF





klpos.png

BLOG PILIHAN





 drm.gif 

Ruangan Iklan

iklan150125.jpg
iklan15060.jpg
Klik untuk tempah


Copyright © 2008 inforakyat.com. Powered By JimatWeb.Com