Laman Utama

Menu Utama
Laman Utama
SMS ke YB
INFO YB
Hubungi Kami
Forum Rakyat
Kelab InfoRakyat
Berita Terkini
Pusat Khidmat Masyarakat
INFO Pusat K.M
SMS ke Pusat K. M.
KOHILAL
Pengumuman Admin


Pendaftaran Keahlian InfoRakyat.Com

Salam Sejahtera. Kami mengucapkan selamat melayari lamanweb inforakyat.com
Anda hendaklah "register" pada ruangan "Login Form" terlebih dahulu bagi membolehkan anda menghantar sebarang respon dalam Forum Rakyat. Terima Kasih.


SMS ke YB

Perkhidmatan SMS ke YB-YB Pakatan Rakyat telah beroperasi. Anda boleh menghantar sebarang cadangan, aduan, masalah, komen dan ucapan terus kepada YB anda sekarang.
Untuk sertai Kelab Inforakyatsila Taip ON INFORAKYAT SMS ke 32244.


Pilihanraya Kecil P36 Kuala Terengganu

Ikutilah perkembangan Pilhanraya Kecil Kuala Terengganu di Inforakyat.com. Berdoalah supaya kemenangan besar berpihak kepada PAS. PAS FOR ALL


BICARA RAKYAT
Name:

Message:

Login Form





Lost Password?
No account yet? Register
Visitors Counter
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday70
mod_vvisit_counterYesterday72
mod_vvisit_counterThis week209
mod_vvisit_counterThis month642
Who's Online
We have 3 guests online
Iklan Berbayar
hanya 10 minit sehari, untung melebihi 100%

Daftar Sekarang !!!

jimatweb.gif

WAKTU SEMBAHYANG
  GMT   8
  Arah Kiblat   291° 50′ 6″
Waktu Solat
  Imsak      5:55
  Subuh      6:05
  Syuruk      7:21
  Zohor      13:25
  Asar      16:45
  Maghrib      19:18
  Isyak      20:33

 

Pilihan Saya
Dengan mandat rakyat berjayakah PR menguasai semula Perak?
 
KEADILAN PDF Print E-mail


harakah newspaper pak lah abdullah with michelle yeoh photo cover

HARAKAH DAN AKHBAR KEADILAN DIGANTUNG TIGA BULAN.

KUALA LUMPUR, 23 Mac (Hrkh) - Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menggantung permit akhbar pembangkang berpengaruh Harakah dan Suara Keadilan masing-masing selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta.

 Tindakan secara langsung menghalang kempen media kedua-dua parti bagi menghadapi tiga pilihanraya kecil pada 7 April ini - kawasan parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak.

Menurut surat arahan yang dikeluarkan oleh Setiausaha bahagian Unit Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Che Din Yusoh tidak memberi sebarang alasan tindakan tersebut dan arahan terbabit telah difaks kepada Harakah hari ini. Sementara itu arahan turut dikeluar kepada akhbar KeADILan yang dialamatkan kepada Presiden KeADILan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kira-kira 5 petang ini yang berkuatkuasa serta-merta.

"Dukacita dimaklumkan bahawa kementerian ini telah membuat keputusan untuk menggantung permit penerbitan akhbar Suara Keadilan selama tempoh tiga (3) bulan berkuatkuasa serta-merta," surat KDN dipetik. - azm

 

 

najib on kuala terengganu by election 060109 03

KES ALTANTUYA - NAJIB PERLU BERSIHKAN NAMANYA SEBELUM JADI PM AKIBAT PENDEDAHAN WARTAWAN JERMAN

ANGKATAN Muda KeADILan Malaysia meminta polis agar menyiasat pendedahan terbaru, sebuah akhbar Perancis, The French Liberation yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak dan isterinya Rosmah Mansor serta Abdul Razak Baginda di dalam satu penerbitan artikel di akhbar tersebut.

Artikel berkenaan, ‘The Altantuya Shaaribuu’s Case: How and why she was killed?’ yang disiarkan pada 5 Mac lalu ditulis oleh Arnaud Dubus yang berpengkalan di Thailand mengaitkan kedua nama tersebut dikaitkan dengan komisyen berjumlah 114 Juta Euro sebagai pembelian kontrak kapal selam Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) sewaktu Najib menjawat Menteri Pertahanan.Arnaud Dubus

Selain itu, artikel berkenaan juga dengan jelas menyebut nama seorang warganegara Mongolia, Altanyuya Shaaribuu - yang dibunuh kejam penghujung tahun 2006 di Malaysia yang dikatakan teman wanita Abdul Razak yang disebut sebagai seorang yang mempunyai hak ke atas komisyen 114 Juta Euro berkaitan dengan pembelian kapal selam oleh pihak TLDM.

“Keraguan timbul melalui laporan artikel tersebut apabila wartawan artikel telah menyatakan dengan jelas bagaimana kaitan di antara Altantuya, Abdul Razak dan Najib yang dikatakan mempunyai hubungkait rapat berkenaan dengan urusan pembelian kapal selam oleh pihak TLDM yang seterusnya mengakibatkan Altantuya Shaaribuu mati dibunuh oleh pihak Unit Tindakan Khas (UTK),” kata Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Najib yang juga Timbalan Presiden Umno sebelum ini menafikan pernah mengenali atau bertemu wanita Mongolia itu yang mati dibunuh di sebuah belukar di Shah Alam.

Beliau turut bersumpah tidak pernah mengenali wanita itu sewaktu pada pilihanraya kecil Permatang Pauh, Ogos tahun lepas.

Shamsul berkata, Artikel berkenaan turut merujuk kepada satu Kenyataan Beramaran (Cautious Statement) yang dikatakan merakamkan percakapan tertuduh yang didakwa membunuh Altantuya Sirul Azhar Omar.

Rakaman terbabit mengaitkan kesemua individu iaitu Najib, Rosmah dan Abdul Razak mempunyai kaitan secara tidak langsung didalam urusan pemberian komisyen dan pembunuhan Altantuya.

“Sehubungan itu, saya berpandangan bahawa suatu siasatan menyeluruh perlu dibuat oleh PDRM terhadap Najib, Rosmah dan Abdul Razak mengenai isu komisyen berjumlah 114 Juta Euro dan pembunuhan Altantuya oleh pihak UTK (Sirul Azhar), berdasarkan artikel tersebut serta rakaman percakapan Sirul,” katanya di Luar Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, 8 Mac lalu.

Laporan polis berkenaan dibuat di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, 8 Mac lalu yang turut dihadiri oleh Naib Ketua AMK, Khairul Annuar Ahmad Zainudin, Ketua AMK Wilayah Mat Zaman Tasi beberapa anggota Exco dan 50 penyokong AMK.

Selain cerita sensasi ini, wartawan Liberation turut mendedahkan saat-saat akhir kematian Altantuya berdasarkan dokumen yang didakwa diperolehi daripada polis Malaysia.

Arnaud Dubus melaporkan, Altantuya ditembak di sebelah pipi kiri dan kemudian pakaian mangsa ditanggalkan dan kemudian mayatnya dibungkus dalam beg plastik hitam.

Lebih kejam, Arnaud turut melaporkan Altantuya ditembak sekali lagi apabila tangannya dilihat masih bergerak.

 


RIBUAN UMAT ISLAM SEMBAHYANG JENAZAH YB ROSLAN

Ipoh ; Ribuan Umat Islam menziarahi Allahyarham YB Roslan Shaharum di kampungnya di Changkat Larang. Jenazah disembahyangkan di masjid Changkat Larang oleh ribuan Umat Islam pada jam enam petang tadi.

Ahli Parlimen Bukit Gantang Perak, Roslan Shaharum dari PAS meninggal dunia tengahari tadi.Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaffar dan ketua penerangan PAS, Mahfuz Omar.
Allahyarham diserang sakit jantung ketika sedang berbasikal dekat rumahnya di Changkat Lallang, Batu Gajah pagi tadi.

Ini disahkan oleh PAS pada kira-kira jam 1.30 tengahari tadi.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Safiah Harun bersama 10 orang anak.

Ini bermakna, pilihanraya kecil akan diadakan dalam tempoh 60 hari.

roslan shaharum

Antara kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Bukit Gantang ialah DUN Changkat Jering yang diwakili Mohd Osman Mohd Jailu yang keluar PKR dan menyokong Barisan Nasional (BN) Perak.

Dalam pilihanraya umum lalu, Roslan mengalahkan bendahari Umno, Datuk Azim Mohd Zabidi dengan majoriti 1,566 undi.

Roslan mendapat 20,015 undi manakala Abdul Azim menerima 18,449  undi. Manakala calon bebas, M Morgan mendapat 872 undi.

Bukit Gantang merupakan kerusi Parlimen majoriti Melayu, dengan 27 peratus pengundi Cina dan 10 peratus pengundi India.

Menurut Harakahdaily, Roslan meninggal dunia kira-kira jam 12 tengah hari ketika dalam perjalanan ke Hospital Batu Gajah.

Pegawai Khas Allahyarham, Shaharudin Ahmad Sani berkata allahyarham yang tinggal di Changkat Larang, Batu Gajah menghadapi masalah kesihatan sekembalinya dari luar negara.

"Dalam lawatan beliau ke Taiwan sebelum ini, beliau pernah dimasukkan ke hospital Taiwan atas masalah gula yang tinggi.

 






Bacaan talkin oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir. Mohamad Nizar b. Jamaludin

 


 
< Prev   Next >
PARTI



AKHBAR ALTERNATIF





klpos.png

BLOG PILIHAN





 drm.gif 

Ruangan Iklan

iklan150125.jpg
iklan15060.jpg
Klik untuk tempah


Copyright © 2008 inforakyat.com. Powered By JimatWeb.Com