| PERWAKILAN TEMUI ROC MINTA TUNDA PERHIMPUNAN UMNO Sekumpulan perwakilan Umno akan menemui Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) esok untuk memohon supaya perhimpunan agung Umno minggu ini ditunda sehingga selesai siasatan berhubung rasuah politik berkaitan dengan pemilihan parti. |
Antara mereka yang akan menemui ROS pada jam 2 petang esok ialah ketua Umno bahagian Muar, Datuk Kadar Sulaiman dan Datuk Mazlan Harun dari Selangor.
"Kita juga hendak meminta ROS menjelaskan bagaimana Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Khairy Jamaluddin yang didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno, dibenarkan hadir dan mengundi dalam perhimpunan agung Umno kali ini," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.
Mohd Ali dilarang bertanding jawatan timbalan presiden apabila didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno mengikut perkara 10.1 tataetika ahli umno yang membabitkan kesalahan pihak ketiga, iaitu ejennya terlibat dalam sogokan politik.
Ketiga-tiga ejen Mohd Ali itu juga didapati bersalah dan digantung keahlian selama tiga tahun.
Khairy juga didapati bersalah mengikut perkara yang sama, tetapi hanya diberi amaran dan dibenarkan bertanding jawatan ketua Pemuda Umno.
Mengulas lanjut, Kadar berkata, menurut perlembagaan parti, apabila kedua-duanya didapat bersalah, maka mereka tidak boleh hadir mesyuarat parti.
Kadar juga mendakwa, 42 orang daripada perwakilan tidak layak menghadiri perhimpunan agung kali kerana muflis.
| PROFESOR ANTARABANGSA RAMAL PR AKAN MENANG DALAM PILIHANRAYA KECIL KUALA LUMPUR, : Profesor sains politik dari Fakulti Kajian Asia Tenggara, Universiti Johns Hopkins di Washington DC, Bridget Welsh meramalkan Pakatan Rakyat akan menang di dua pilihan raya kecil, Bukit Gantang di Perak dan Bukit Selambau di Kedah. |
"Saya ramalkan PAS akan menang di Bukit Gantang lebih sikit dari yang mereka menang dalam pilihan raya umum yang lalu....mungkin 2,000 majoriti," kata Welsh kepada Siasah. Menjelang beberapa hari mengundi dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu baru-baru ini, Welsh meramalkan PAS akan menang 2,000 undi. Dalam pilihan raya itu, PAS menang 2,613 undi. Welsh memberikan tiga sebab kenapa beliau meramalkan PAS akan menang di Bukit Gantang dan PKR akan menang di Bukit Selambau.
Pertama, memang kerusi itu kini dipegang oleh PAS dan PKR dan dengan suasana politik yang ada, belum ada tanda-tanda pengaruh kedua-duanya merosot sejak pilihan raya Mac 2008 lalu.
"Walaupun PAS berdepan dengan Kuala Terengganu yang telah di menangi oleh Umno dalam pilihan raya umum lalu, dia boleh menang di Kuala Terengganu dalam pilihan raya kecil baru-baru ini," katanya.
Sebab kedua yang diberikan oleh Welsh adalah para pemimpin Umno sedang berada dalam mood berperang sesama sendiri sekarang iaitu menjelang perhimpunan agung mereka Mac depan.
Mereka hanya akan fokus ke kedua-dua pilihan raya ini selepas itu yang sudah pasti sudah agak lewat berbanding dengan PAS dan PKR.
Sebab ketiga yang diberikan oleh Welsh adalah kesepakatan dalam Pakatan Rakyat kelihatan semakin baik selepas Kuala Terengganu.
Ini akan membolehkan pemimpin mereka bekerjasama dengan baik dalam dua pilihan raya kecil ini, katanya lagi.
Bagaimanapun, Welsh memberikan beberapa cabaran yang seharusnya ditangani dengan baik oleh Pakatan Rakyat dalam pilihan raya ini.
"Mereka perlu memberikan mesej yang jelas kepada rakyat dalam pilihan raya ini. Oleh kerana ini kawasan luar bandar berbanding Kuala Terengganu, politik wang sangat berkesan di sini," katanya.
Khususnya di Bukit Gantang, Welsh mengingatkan, Umno akan menggunakan isu Melayu dan derhaka kepada sultan dalam pilihan raya ini.
"PAS khasnya perlu menggunakan kempen yang positif dalam hal ini dan berhati-hati," katanya. Beliau juga berkata, calon PAS dalam pilihan raya Bukit Gantang sangat penting kerana PAS memerlukan sokongan penuh dari DAP dan PKR di Bukit Gantang bagi memenangi hati semua pengundi.
"Jika PAS tersalah memilih calon, ia akan menyukarkan DAP dan PKR untuk bekerja sepenuhnya untuk memenangkan PAS," kata Welsh lagi.
| NIZAR MENDAPAT SOKONGAN PADU DI SELURUH NEGARA
KUALA LUMPUR, - Menteri Besar Perak, Dato' Seri Nizar Jamaluddin yang menyertai solat Jumaat di Masjid Kampung Baru,Kuala Lumpur semalam sempat berucap kepada penyokong Pakatan Rakyat yang menunggunya sebelum ini. |
"Saya berterima kasih atas sokongan seluruh, dan kita tunggu keputusan mahkamah secepat mungkin," katanya berikutan 'rampasan kuasa' yang berlaku di Perak. Beliau meminta rakyat negeri Perak khususnya dan sokongan seluruh amnya untuk bersama-sama membantah kerajaan baru BN di Perak sekarang sebagai tidak sah dan Pakatan Rakyat masih kerajaan yang sah. "Kempen mengumpul tanda tangan menyokong pemerintahan Pakatan rakyat di Perak akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat," tambah beliau sambil menjelaskan mengenai proses pemfailan saman yang dilakukan pagi semalam di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap BN yang merampas kuasa secara haram semalam. Dalam ucapannya itu, beliau turut mengulas berkenaan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang dan kerusi Dun Bukit Selambau dan memohon kerjasama penyokong Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil ini untuk menolak BN yang nyata menghina sultan dengan perampasan kuasa tersebut. "Tindakan mereka (BN-Umno) kononnya berdemo satu tindakan yang pura-pura, melihat kebangkitan rakyat yang berlaku hari ini, lebih meyakinkan Pakatan Rakyat mendapatkan kemenangan," tambah beliau lagi. Turut kelihatan dalam ucapannya itu Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali; Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Ali Jamil; Ketua Pemuda Pas Wilayah, Kamaruzaman Mohamad dan lebih 1,000 penyokong yang memenuhi pekarangan masjid. Surat tersebut adalah reaksi kepada titah baginda yang tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak serta Mohammad Nizar Jamaluddin dan barisan exconya meletak jawatan berkuatkuasa serta merta.
| RAMAI NAK TAHU ISI KANDUNGAN SURAT NIZAR KEPADA PADUKA SULTAN PERAK Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah mengutus surat kepada Sultan Azlan Shah menjelaskan sebab-sebab mengapa beliau tidak akan meletakkan jawatan sebagai menteri besar Perak. | Berikut adalah kandungan penuh surat Mohammad Nizar kepada baginda Sultan: 5 Februari 2009 Mengadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah Paduka Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya. Assalamualaikum Ampuan Tuanku, Dengan hormat dan takzimnya patik merafa'kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Suhanahu Wata'ala, mudah-mudahan Duli Yang Maha mulia Tuanku sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan. Ampuan Tuanku, MERAFA' SEMBAH MEMAKLUMKAN PERKEMBANGAN TERKINI DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN Warkah yang tidak sepertinya ini sebagai pengganti diri patik untuk menyembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku mengenai isu kedudukan terkini Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan. Patik merafa' sembah menjunjung kasih di atas perkenan Duli Yang Mah Mulia Tuanku pada pagi ini. Patik memohon izin untuk menyembahkan beberapa perkara: 1. Artikel XVl (6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak menyatakan bahawa "If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council". Ini bermakna sokongan Menteri Besar itu perlu diputuskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri. 2. Jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah sama iaitu 28 orang. Adalah kurang tepat andaian Barisan Nasional mempunyai majoriti. YB Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak telah memutuskan bahaw Adun bagi kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang bukan lagi Adun. YB Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Perak juga telah memfailkan satu permohonan untuk satu perisytiharan bahawa ketiga-tiga Adun berkenaan bukannya Adun untuk kawasan-kawasan tersebut, di Mahkamah Tinggi pada pagi ini. Sewajarnya kita menunggu keputusan mahkamah dalam kes tersebut. Ampuan Tuanku, Atas alasan di atas dan berdasarkan prinsip demnokrasi dan Raja Berperlembagaaan, Patik dengan ini merafa' sembah memohon agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan rakyat memilih semula kerajaan yang dikehendaki mereka. Ampuan Tuanku, Patik dengan ini merafa' sembah bahawa pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara meminta patik untuk tidak meletak jawatan sehingga krisis perlembagaan ini diputuskan oleh Mahkamah atau Dewan Undangan Negeri Perak. Ampuan Tuanku, Patik akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekalung penghargaan ke atas keprihatinan dan pertimbangan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata'ala melanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan seluruh kerabab Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagian yang berkekalan. Amin Ya Rabbal 'Alamin Ampun Tuanku, Patik dengan segala hormat takzimnya; bagi pihak Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat YAB Dato' Seri Ir Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin Menteri Besar Perak Darul Ridzuan
| NAJIB ULANGI SEJARAH BAPANYA TUMBANGKAN KERAJAAN TERENGGANU, CUMA DENGAN CARA YANG LEBIH JIJIK KERANA TERLIBAT DENGAN ISU RASUAH |
SEKIRANYA... diulangi sekiranya BN berjaya menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak seperti mana diperkatakan sejak semalam dan hari ini ia memberi signifiken tersendiri kepada pengarah perancangan untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan itu, iaitu Mohd Najib Razak. Kejayaan ini memberi makna dan erti besar kepada Najib dan wajarlah kalau beliau bergembira, bertepuk tangan dan ketawa besar. Banyak signifiken-signifikennya. Pertama kejayaan itu cukup manis dan bererti kerana Najib baru saja mengambil alih Pengerusi Perhubungan Umno Perak daripada Tajol Mohd Rosli Ghazali. Kejayaan dalam masa singkat itu menunjukkan ‘kebolehan’ dan kebijaksanaan Najib sebagai pemimpin Umno. Kejayaan itu memberi dalil bahawa Najib berkemampuan untuk memulihkan Umno. Kejayaan itu juga orang akan menganggap Najib sebagai bisa, bijak berketrampilan dalam politik. Signifiken lain ia memberi kekuatan dan keyakinan kepada Najib apabila beliau mengambil alih kepimpinan Umno daripada Abdullah Badawi pada Mac kelak. Apa yang diharap kejayaan Najib menawan kerajaan Pakatan tanpa pilihan raya itu permulaan menarik pada era kepimpinannya nanti. Apabila merenung mengenai apa yang berlaku semalam, Najib yang mengumumkan bahawa BN Perak sudah ada majoriti untuk menubuhkan kerajaan apabila empat Adun, Jamaluddin Mohd Radzi, Othman Jailu, Hee Yit Fong dan Nasaruddin Hisham menyertai BN meyebabkan saya teringat kepada apa yang berlaku 48 tahun lalu di Terengganu. Hampir lima dekad lalu satu kejadian yang hampir sama tetapi tidak serupa telah berlaku dalam arena politik negara ini, iaitu mengenai kejatuhan atau tumbangnya kerajaan Pas di Terengganu. Senario dan kronologi kejatuhan kerajaan Terengganu itu sama dengan apa yang berlaku di Perak kini. Kerajaan Pas Terengganu jatuh apabila berlakunya lompat melompat parti. Peristiwa lompat melompat di Terengganu itu hampir sama kelakuan dan tabiat dengan lompat melompat di Perak kini. Ia bermula dengan seorang Adun dari Parti Negara, melompat menyertai Pas kemudian dilantik menjadi Exco. Rentetan itu ia diikuti dengan kejadian melompat parti daripada tiga Adun Pas ke dalam Perikatan termasuk speaker yang berlaku secara penuh trajis dan tektikal sifatnya. Lompatan itu bukan berlaku di luar tetapi di dalam Dewan persidangan apabila Adun Pas menyokong undi tidak percaya yang dikemukakan Perikatan. Kerana berlaku lompat melompoat itulah akhirnya menyebabkan kerajaan Pas Terengganu hanya bertahan selama satu tahun setengah sahaja. Begitu jugalah apa yang berlaku di Perak. Kejatuhannya kerana berlaku lompat melompat. Ia dimulakan dengan Adun Bota, Nasaruddin Hisham yang melompat menyertai PKR. Dari tindakan itulah menyebabkan dua ahli PKR bermasalah (berhadapan dengan tuduhan rasuah) mengambil sikap dingin kepada parti yang mana akhirnya menyebabkan parti hilang kepercayaan kepada keduanya. Apa yang dilakukan oleh Nasaruddin itu ialah sebagai permulaan kepada perisitwa lompat melompat yang membawa kajatuhan sebuah kerajaan. Ini sama dengan apa dilakukan oleh Adun parti negara itu. Apabila itu berlaku ia menyebabkan pihak lawan kerajaan iaitu Perikatan atau BN akan berusaha untuk menawan hati Adun lain. Lompatan itu memberi ilham untuk mereka melakukan sesuatu atas dasar tundak balas. Kejadian lompatan itu juga mencetuskan semangat dan mencabar pihaknya untuk berusaha sedaya mungkin bagi menarik mana-mana Adun kerajaan menyokongnya. Sekiranya tidak ada perisitwa lompat melompat itu ia tidak akan mengusik keadaan yang tenang sebelum itu. Walaupun BN atau Perikatan ada niat tetapi ia tidak mudah untuk mencetuskan apa-apa tindakan ataupun tidak terjadi sedrastik itu. Berbalik kepada apa yang hendak diperkatakan tadi, apabila mengenangkan apa yang berlaku di Terengganu itu saya teringat kepada Tun Razak Hussein. Tun Razaklah yang menjadi pengarah kepada projek menjatuhkan kerajaan Pas Terengganu itu. Andaian ini berpandukan kepada kedudukan dan jawatan yang dipegangnya. Siapakah Tun Razak, dia ialah bapak kepada Najib. Sekali lagi ada persamaan dalam kedua peristiwa itu dari segi watak – terserah untuk dikatakan protoganis atau antoganis, mereka adalah anak beranak. Waktu berlaku kejatuhan kerajaan Terengganu itu, Tun Razak ialah timbalan perdana menteri dan juga menteri pertahanan. Jawatan itu sama dengan disandang Najib ketika ini. Najib adalah timbalan perdana menteri dan bekas menteri pertahanan. Saya tidak mengatakan Tun Razak menjadi pengarah dalam rampasan kuasa di Terengganu tetapi semasa kejadian itu berlaku tahun 1961 Tun Razak adalah penjawat jawatan itu. Apakah dengan kedudukan dan jawatan itu memungkinkan mereka mudah mencapai apa-apa yang disasarkan? Seorang yang menjadi menteri pertahanan sudah tentu arif dengan strategi pertahanan dan serangan. Sukar untuk dijelaskan tetapi sejarah telah melakarinya dan itu realitinya. Cuma dalam beberapa persamaan dan signifiken itu pada saya apa yang berlaku ada tahun 1961 di Terengganuu itu lebih bermaruah dengan apa yang berlaku di Perak kini. Kejatuhan kerajaan Terengganu dirasakan lebih gentleman kerana ia dibuat di sidang Dewan Undangan Negeri menerusi satu usul undi tidak percaya, tetapi pengumuman kejatuhan kerajaan Perak dibuat di pejabat Timbalan Perdana Menteri Putrajaya yang kelihatan arrogent dan begitu berkuasa! Kesimpulannya bapa borek anak pastilah rintik! / msomelayu.blogspot.com
| NIZAR AKAN LETAK JAWATAN SELEPAS SULTAN UMUMKAN PEMBUBARAN DUN Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata tiada sebab bagi beliau untuk meletakkan jawatan seperti yang disarankan oleh pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Najib Tun Razak. |
Katanya, beliau masih menjadi ketua kerajaan negeri sehinggalah Sultan Perak membubarkan dewan undangan negeri.
Ataupun, katanya, BN perlu mengemukakan undi tidak percaya terhadapnya untuk memaksa beliau meletakkan jawatan.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di kediaman rasminya di Ipoh malam tadi, Mohd Nizar berkata saranan Najib yang juga timbalan perdana menteri itu, tidak mencerminkan apa yang terkandung dalam perlembagaan negeri Perak.
Menurut perlembagaan Perak, kata Mohd Nizar, Pakatan masih merupakan sebuah kerajaan yang sah kecuali dewan undangan negeri bersidang untuk meluluskan undi tidak percaya atau jika kerajaan Pakatan meletak jawatan.
Beliau mengingatkan bahawa proses menukar kerajaan "tidak sama seperti menukar 'arung kopi".
Mohd Nizar juga membidas Najib kerana didakwanya cuba mengambil alih kuasa di Perak melalui cara yang tidak sah. Berfungsi seperti biasa Sebaliknya, kata beliau, Najib hanya mahu menakut-nakut rakyat dan melakukan sesuatu tanpa menghormati perlembagaan.
Oleh itu, Mohd Nizar meminta Najib - yang bakal menjadi perdana menteri - supaya berlaku adil kepada rakyat Perak.
Menjawab soalan pemberita, Mohd Nizar berkata, kerajaan Pakatan akan terus berfungsi seperti biasa sehingga Sultan membuat keputusan berhubung permohonan pembubaran dewan undangan negeri.
Sebelum ini,Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa BN Perak cukup majoriti untuk membentuk kerajaan baru selepas empat ahli dewan undangan negeri (Adun) menyokongnya secara terbuka. Timbalan perdana menteri berkata, dua bekas Adun PKR - Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) telah bersetuju menyokong pembentukan kerajaan BN itu.
Begitu juga dengan Adun Jelapang, Hee Yit Foong yang keluar DAP hari ini. Ketiga-tiganya kini sebagai wakil rakyat bebas.
Manakala Adun Bota, Datuk Nasarudin Hashim - yang mengumumkan melompat kepada PKR selama 10 hari - kembali semula kepada Umno dan memberi sokongan kepada kerajaan BN negeri.
Najib berkata, Jamaluddin, Osman dan Hee menyatakan perkara itu kepadanya semalam.
| JIKA DEMO GAGAL, UNDI PROTES PPSMI - SASTERAWAN NEGARA A.SAMAD SAID KUALA LUMPUR, Jika demonstrasi besar membantah dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris Mac ini masih gagal menarik perhatian kerajaan, pilihanraya umum akan datang boleh dijadikan penentuan akhirnya, kata seorang tokoh sasterawan. |
"Jika masih gagal, ia perlu diterjemahkan dalam pilihanraya, sebagai kuasa yang terakhir.
"Gunalah undi secara bijaksana," kata Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said kepada Malaysiakini hari ini.
Beliau diminta mengulas tindakan lanjut yang perlu diambil sekiranya perhimpunan raksasa 100,000 rakyat – ala Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) – anjuran Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) masih tidak dihiraukan kerajaan.
GMP yang dipengerusikan bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Dr Hassan Ahmad merancang mengadakan perhimpunan itu pada 7 Mac bagi menyerahkan memorandum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-pertuan Agong bagi memohon campur tangan baginda berhubung isu itu.
Sebuah lagi perkumpulan aktivis bahasa Gabungan Penulis Nasional (Gapena) yang dianggotai 24 persatuan penulis di seluruh negara turut mengancam mengadakan "Perarakan Keranda" – dinamakan Keranda 152 – bagi tujuan yang sama, dijadual pertengahan bulan depan.
Gapena juga tetap dengan pendiriannya mengheret kerajaan ke mahkamah berhubung pelaksanaan dasar itu sejak tujuh tahun lalu yang didakwanya melanggar Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan – yang menggariskan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Berhubung rancangan GMP berhimpun besar-besaran, A Samad berkata tindakan generasi muda daripada pelbagai kumpulan bagi tujuan menyatakan bantahan terhadap dasar itu memang wajar.
"Wajar kerana semua sumber lain telah digunakan, tetapi tidak dihiraukan," katanya, yang lebih mesra dipanggil Pak Samad.
Bekas editor kanan Berita Harian dan pengarang pelbagai genre kreatif itu juga menyangkal tanggapan bahawa tindakan berdemonstrasi seperti GMP atau Gapena sebagai "tidak rasional".
Mengulas sama ada aktivis bahasa dan sastera veteran wajar sama-sama turun padang berdemonstrasi, A Samad berkata:
"Orang tua berjuang daripada sisi yang lain. Tetapi tidak bererti tidak berjuang. Sekarang giliran angkatan muda."
Generasi muda sekarang, tambahnya, daripada pelbagai organisasi dan parti politik termasuk Umno mendukung perjuangan bersama itu.
Selasa lalu, A Samad hadir dalam mesyuarat GMP bagi membincangkan siri bantahan terhadap PPSMI di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor.
Turut terlibat dalam perbincangan itu beberapa tokoh sastera dan politik, termasuklah Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa yang menganggotai jawatankuasa induk GMP.
Ditanya sama ada kemunculannya itu boleh menjejaskan imejnya sebagai tokoh sasterawan yang tidak partisan selama ini, A Samad menjelaskan, kehadiran beliau berdasarkan isu, bukan pihak yang mendukung gerakan tersebut.
"Saya tidak boleh terlepas daripada apa yang bergelora (dasar PPSMI)," jelasnya.
"Orang kiri jemput saya pergi (hadir), orang kanan jemput saya pergi."
Esok, kira-kira 500 pencinta bahasa dijangka memenuhi ruang depan kompleks membeli-belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman membantah pelaksanaan PPSMI.
Beberapa tokoh utama bahasa seperti penyair Dinsman, bekas profesor bahasa Dr Abdullah Hassan dan penulis Ainon Mohd akan turut serta.
Pak Samad diura-urakan akan turut serta buat pertama kali dalam program sebegitu.
Sewaktu ditanya penyertaannya esok, sasterawan kelahiran Singapura itu bagaimanapun masih mahu berteka-teki.
"Awak tengoklah esok," katanya, sambil ketawa kecil.
A Samad menerima gelaran tertinggi dalam dunia kesusasteraan tanah air pada 1986.
Selain itu, beliau yang terkenal dengan novel Salina – mengisahkah keperitan hidup seorang pelacur di Singapura akibat perang – turut dianugerahkan SEA Write Award daripada kerajaan Thailand. | | KOMEN NIK AZIZ MENGENAI ADUN BOTA - NIK AZIZ KOTA BHARU, 25 Jan - Penyertaan Adun Bota, Dato' Nasharuddin Hashim, ke dalam Parti KeAdilan Rakyat membuktikan fitnah dan hasutan Umno terhadap Pakatan Rakyat selama ini demi untuk meraih sokongan akhirnya 'menikam' diri. | Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, juga menyifatkan 'penghijrahan' Adun Bota itu sebagai hukuman terhadap pemimpin Umno yang mengecam Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohd Nizar selama ini. Beliau berkata demikian sebagai mengulas penyertaan Nasharuddin yang menyertai KeADILan sambil mengucap tahniah di atas tindakan itu. Sambil melahirkan rasa terharu serta rasa syukurnya, beliau berkata fenomena itu memberi tamparan hebat kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) di mana rakyat semakin menolak mereka. "Sekiranya sebelum ini angin perubahan telah berlaku kepada rakyat sehingga BN kalah teruk dalam pilihan raya umum lalu, namun perkara yang sama turut berjangkit di kalangan Adun. "Perkembangan ini amat membanggakan kita dan sewajarnya kita perlu bersyukur kepada Allah di atas kurniaan yang amat besar ini," ujarnya lagi. Tuan Guru seterusnya berkata, dengan penyertaan itu juga, bererti warga wakil rakyat di kalangan Pakatan Rakyat turut bertambah dan ia akan menjadi benteng pertahanan yang semakin kuat khususnya di Perak. Sehubungan itu, beliau menyeru semua anggota dan penyokong Pakatan Rakyat sama-sama mengukuhkan perpaduan di samping menterjemahkan imej yang cukup baik pada masyarakat umum. "Dengan imej yang baik, bersih selain perjuangan kita yang lebih pada kebajikan berbanding lawan, rakyat termasuk penyokong parti akan tertawan," ujarnya. Tambahnya, tidak mustahil ada lagi dikalangan Adun BN akan menyertai Pakatan Rakyat sama ada menyertai PAS, KeAdilan atau DAP. | | MELAYU TIADA HARGA DI AKHIRAT - NIK AZIZ KUALA TERENGGANU, 23 Jan: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyeru masyarakat supaya mengubah istilah daripada membela Melayu kepada memperjuangkan Islam.
|
Sehubungan itu, beliau mempersoalkan berapakah nilai Melayu di akhirat kelak. “Membela Melayu, berapa sen harga Melayu di akhirat? Allah tidak tanya di akhirat nanti, awak Melayu atau Cina. Tapi hendaklah membela Islam bukan memperjuangkan Melayu tapi memperjuangkan Islam,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Ceramah Perdana Sempena Meraikan Kemenangan Calon Pakatan Rakyat Pilihan raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, di sini, malam semalam. Turut menyampaikan ceramah ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut.
Justeru beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, jadi tidak usahlah disebut ketuanan Melayu sebaliknya sebutlah ketuanan Islam.
“Selagi sebut ketuanan Melayu, hidup Melayu, hidup Melayu, Cina nak letak di mana, India nak letak di mana?” tanya beliau. Tetapi, katanya kalau disebut ketuanan Islam, ada juga Cina dan India yang beragama Islam.
Ini, jelasnya kerana orang Arab pun tidak semestinya dapat memasuki syurga.
"Bapa saudara nabi bernama Abu Lahab adalah orang Arab. Tapi dinyatakan dalam Quran, Abu Lahab akan masuk neraka kerana tidak memperjuangkan Islam.
”Jadi sebagi bapa saudara nabi, orang Arab yang faham bahasa Arab, yang faham Quran pun tak masuk syurga, apa lagilah orang Melayu yang tak faham bahasa Arab dan Quran,” ujarnya. | | KUALA TERENGGANU - BAGAIMANA IA BERMULA KUALA TERENGGANU, 17 Jan: Ia bermula sejak jam 3 petang apabila berita kononnya 70 peratus pengundi Cina pergi ke pondok panas PAS dan tidak ke pondok BN di pusat-pusat pengundian |
Oleh Zulkifli Sulong Namun, keputusan sebenar mulai di rasai jam 5.00 petang selepas semua pusat pembungan undi mula ditutup dengan rasminya.
Ketika itu, selepas menghubungi beberapa pemimpin PAS, dirasai dengan jelas keputusan akan memihak kepada PAS. Tambahan pula apabila disahkan peratusan keluar mengundi tidak melebihi 80 peratus iaitu 10 peratus kurang dari yang dijangkakan oleh SPR sendiri.
"Nampaknya bulan akan mengambang di Kuala Terengganu," kata saya kepada emak saudara Datuk Wan Ahmad Farid (calon BN) di Kuala Lumpur yang sejak pagi ingin benar tahu apakah keputusan pilihan raya kecil Kuala Terengganu.
Pada paginya, emak saudara Wan Farid itu menelefon saya memberitahu, "Zul, Wan Farid kata, bulan akan gerhana di Kuala Terengganu."
Saya memberitahu beliau perkara ini kira-kira jam 5.15 petang dalam perjalanan ke Markas Besar PAS di Kuala Ibai.
Di Kuala Ibai, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah berada di situ. Dia nampaknya orang yang kedua masuk ke bilik mesyuarat utama pejabat PAS itu selepas saya.
Di situ sudah ada layar besar yang menayangkan penjumlahan undi yang diperolehi oleh PAS dari agen-agen pengiraan undinya di seluruh pusat pengiraan undi yang diadakan di pusat pengundian.
Tepat jam 5.30 petang, dua keputusan samapi serentak. Kedua-duanya menghasilkan keputusan PAS kalah dengan 33 undi. Selepas itu, keputusan datang bertalu-talu.
Pada jam 6.00 petang, PAS menang dengan majoriti 114 undi. Pada jam 6.30 petang, keputusan undi pos diperolehi. Ia menyebabkan PAS kalah 483 undi. Undi pos itu menunjukkan PAS hanya mendapat 86 undi, naik 3 undi berbanding pilihan raya Mac lalu apabila PAS hanya mendapat 83 undi.
Tepat jam 7.01 malam, mula jelas kelihatan trebnd bahawa PAS akan menang. Ketika itu, PAS mula menang 158. Sejak itulah, undi PAS terus meningkat dan meningkat.
Dalam masa yang sama, isteri saya yang berada di rumah memaklum, TV3 menyiarkan keputusan yang menunjukkan BN menang dan terus menang hinggalah keputusan rasmi diumumkan jam 9.30 malam bahawa calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut menang dengan undi 2, 631 undi.
Kalau ditanyakan, saya akan berkata kejayaan yang dicapai oleh calon PAS ini adalah hasil kerjasama semua pihak khasnya parti-parti Pakatan dalam membantu calon PAS.
Di kalangan jentera PAS pula, saya rasa antara yang terbaik adalah jentera penerangannya yang dipimpin oleh Muhyidin Abdul Rashid.
Dari Pusat Khidmat PAS Dun Alor Limbat, mereka menerbitkan pelbagai jenis bahan penerangan mulai dari Buletin Kuala (yang dibuat versi palsu oleh jentera BN), siri VCD yang terbit setiap hari oleh pasukan Tvpas yang berkampung di situ sejak 31 Disember hinggalah iklan-iklan bersiri yang disiarkan oleh akhbar Sinar Harian.
Pujian juga harus diberikan kepada sidang media harian yang dibuat oleh PAS di Markas Besar PAS di Kuala Ibai yang banyak sekali menjawab dan menyerang segala aktiviti BN sepanjang kempen pilihan raya ini. Juga pasukan IT PAS yang banyak membantu jentera dan lain-lain pasukan yang sememangnya hebat belaka.
Pendek kata, semuanya kerana perpaduan dan persefakatan di kalangan parti Pakatan dan jentera pilihan raya. | | DATUK BANDAR KT UGUT KAKITANGAN UNDI BN PAS Terengganu akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung dakwaan ugutan datuk bandar Kuala Terengganu terhadap kakitangannya semalam. | |
Pesuruhjaya parti itu Datuk Mustafa Ali hari ini berkata laporan akan dibuat di pejabat SPR negeri di Wisma Persekutuan.
Semalam, tambahnya, pembangkang telah membuat laporan kepada pihak polis berhubung perkara itu.
Laporan polis itu mendakwa Datuk Mat Razali Kassim, yang dilantik pegawai pengurus pilihanraya kecil parlimen tersebut, memberi kata dua supaya mengundi calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.
Datuk bandar itu didakwa berbuat demikian kepada lebih kurang 590 kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dalam satu pertemuan di Dewan Tunku Abdul Rahman.
"Kita ada cukup bukti mereka buat ugutan tersebut kerana kita ada orang yang memberi laporan kepada kita," kata Mustafa (kiri) kepada wartawan di Kuala Terengganu hari ini.
Dalam laporan polisnya, ketua Angkatan Muda PKR Terengganu, Mohd Fariz Musa mendakwa Mat Razali pernah berucap kepada kakitangan MBKT: "kalau berani dan tidak takut dibuang kerja, silalah (sokong pembangkang)".
"Saya memohon pihak polis supaya menyiasat dakwaan bahawa wujud amaran dan ugutan oleh pegawai pengurus pilihanraya Datuk Mat Razali Kassim yang telah memaksa dan mengugut kakitangan bawahannya," laporan polis yang dibuat petang semalam dipetik.
Dalam perkembangan berkaitan awal malam ini, Mat Razali telah menarik diri secara mengejut sebagai pegawai pengurus pilihanraya kecil ini dan jawatannya itu kini dipikul oleh penolongnya Wan Mustafa Wan Hassan, yang juga setiausaha MBKT.
Mustafa sebelum itu menghadiri majlis penyerahan memorandum bantahan terhadap dasar penggunaan bahasa Inggeris dalam Matematik dan Sains kepada pemimpin pembangkang di pejabat PKR negeri di Gong Kapas.
Mustafa juga seorang pemimpin BN berkata kepada kakitangan kerajaan, "pengundian tidak sulit, kita tahu apa yang kamu buat."
"Kita minta SPR membuat kenyataan terbuka mengenai kenyataan (bahawa) pengundian tidak sulit," katanya.
Mustafa juga mendakwa Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah menghadiri majlis memperkenalkan calon BN kepada kakitangan kerajaan di wisma Darul Iman.
"Memperkenalkan calon kepada kakitangan kerajaan adalah salah di segi peraturan pilihanraya," katanya.
Ketika diminta mengulas peluang calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut, beliau berkata, persaingan kedua-dua parti itu masih dalam keadaan sengit 48 menjelang hari mengundi, Sabtu ini.
Dakwanya, PAS berada dalam keadaan yang baik kerana menerima sokongan daripada pelbagai pihak. | | UMNO PARTI PERKAUMAN YANG EKSTREM DI KT. KUALA TERENGGANU, 13 Jan: PAS melahirkan rasa kesalnya terhadap tindakan jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) yang terus-terusan memainkan sentimen kaum dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu. |
(Gambar: Mustafa menunjukkan risalah menghasut yang disebarkan jentera BN.)
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali berkata, pihaknya menemui satu risalah yang disebarkan BN yang mempertikaikan tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dengan cara memainkan api perkauman.
"Dalam media, pemimpin Umno dan BN bercakap soal perpaduan tetapi apabila datang kepada kaum masing-masing, mereka menyebarkan api perkauman," kata beliau sambil menunjukkan satu risalah yang disebarkan kepada penduduk Melayu di Kuala Terengganu.
Beliau yakin risalah itu dibuat oleh jentera pilihan raya BN untuk menanamkan rasa marah orang Melayu terhadap pemimpin Pakatan tetapi kandungannya penuh dengan semangat perkauman yang ekstrem.
Antara kandungan risalah itu adalah "Hanya kerana nak terus berkuasa, Tan Sri Khalid sanggup jadi barua DAP", "Haram jadah punya Khalid Ibrahim, sanggup jual bangsa sendiri" dan sebagainya.
Sudahlah kandungannya penuh dengan hasutan, fakta yang disiarkan dalam risalah bertajuk "Buletin anak Jawa Selangor" itu penuh dengan penyelewengan dan tipu muslihat, kata Mustafa.
"Saya ingin bertanya kepada Umno, kenapa sampai perlu buat begini?" kata Mustafa dalam sidang media di Markas Besar PAS itu.
Bagi Mustafa, pendekatan Umno ini berbeza dengan PAS dan Pakatan Rakyat.
"Semasa kami memerintah Terengganu dahulu, kami bela semua pihak termasuk penduduk Cina di negeri ini sehingga Umno juga berkempen apa guna kami beri cukai pintu percuma kerana ia menguntungkan orang Cina kerana mereka ramai di bandar," beritahu Mustafa. | | "NAFI RASUAH' - KENYATAAN PAK LAH MELUCUKAN KUALA TERENGGANU, 8 Jan (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar membidas kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menyangkal dakwaan berlakunya politik wang dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu. |
"Ini satu lawak tak melucukan pada awal tahun 2009 yang semua orang tahu apa yang PM nafikan itu tidak benar, apakah Pak Lah nak nafikan tidak wujudnya politik wang di kalangan Umno?. "Apakah Pak Lah sudah terlupa pengakuan MB Pahang, Dato' Adnan Yaakob bahawa Umno mengalami masalah politik wang yang sukar dibendung hari ini. "Jika dalam Umno pun berlaku politik wang, apatah lagi dalam memancing undi rakyat, ini satu hal yang lawak tapi tak melucukan kerana rakyat telah tahu perihal nafi-nafi Pak Lah ini," kata Mahfuz. Beliau berkata demikian ketika menghubungi Harakahdaily hari ini tatkala beliau terlantari di Hospital untuk menjalani satu pembedahan kecil esok. Beliau mengulas penafian Abdullah berhubung dakwaan berlakunya politik wang dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu ketika ini. Mahfuz membayangkan betapa rakyat sebenarnya tidak terkejut dengan penafian Abdullah ini malah mengganggapnya itu satu kelaziman Abdullah sejak menerajui Umno. Mengulas isu yang sama, Calon PAS bagi PRK Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut berkata, Umno, BN atau semua parti komponennya sememangnya dari dulu hingga sekarang menggunakan politik wang, jentera kerajaan dan media untuk memenangkan mereka. "Jadi amatlah tak adil dengan kuasa yang ada dan dengan kewangan yang ada pada mereka selaku kerajaan yang memerintah, mereka menggunaka segala entiti ini untuk meraih undi dengan cara mengamalkan politik wang dan ugutan. "Mereka mengumpan, kalau kami (PAS ) tak ada duit dan kami tak janjikan kewangan atau janjikan material, tetapi jika kami ada duit sekali pun kami tak akan lakukan sedemikan dengan membeli undi, kita tidak boleh beli undi, itu bukan cara," katanya. Terdahulu, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali memaklumkan kepada media, beliau sedang mendapatkan bukti dakwaan yang dibuat berhubung berlakunya politik wang dalam PRk Kuala Terengganu. Beliau juga telah ditemui SPRM bagi memberi maklumat berhubung dakwaannya itu, dan bersedia untuk bekerjasama seterusnya. _ | Oleh ruhan | JANGAN PILIH PARTI YANG AMAL RASUAH
KUALA LUMPUR, "Pilihan Raya Kecil Kuaka Terengganu (PRK KT) akan diadakan pada 17 Januari 2009. UMNO/BN meletakkan Wan Farid (WF) sebagai calon. PAS/PR meletakkan Wahid Endut (WE) sebagai calon. Rakyat seluruh negara sudah tahu bahawa UMNO ialah sebuah parti yang dipenuhi dengan perasuah, dari akar umbi hingga ke jawatan tertingg |
Perihal mereka menabur wang dalam pemilihan pucuk pimpinan tergambar jelas dalam lebih daripada 900 aduan rasuah politik. Yang tidak dilaporkan tidak diketahui jumlahnya.
Hanya Allah yang mengetahuinya. Allah jualah yang akan menghukum mereka. Keparahan amalan itu bertambah nyata dengan kehadiran BPR untuk menyelesaikannya.
Pengundi-pengundi KT perlu menolak calon UMNO. Penerimaan akan menunjukkan sokongan atau persekongkolan anda dengan perasuah. Sehubungan itu, jumlah perasuah akan bertambah di parlimen. Keramaian jumlah perasuah akan menjahanamkan negara ini. Mereka akan menyalahgunakan kuasa untuk mengumpul harta. Selain itu, berpakat dengan kroni untuk sama-sama merampok hak rakyat. Sudahnya rakyat dibiarkan terkapai-kapai tanpa pembelaan.
Jika rakyat benar-benar dibela, kita tidak akan melihat pemimpin UMNO/BN membina istana walaupun elaun ADUN/MP tidak selumayan kehidupan yang dipamerkan, berbanding dengan majoriti rakyat Melayu di negara ini berpendapatan di bawah RM1,000.00 walaupun mereka telah berkuasa selama lebih daripada 50 tahun.
Sebagai Muslim yang sejati, memerangi rasuah merupakan satu kewajipan. Oleh sebab itu, calon yang datang dari parti yang mengamalkan rasuah, iaitu UMNO wajib ditolak. Sesiapa juga yang menyokong parti rasuah diketegorikan sebagai bersubahat. Ini bermakna, kita dengan rela hati menjerumuskan diri dalam kancah dosa besar dan sanggup menerima seksaan yang telah dijanjikan Allah!!! Na'uzubillahu minzalik.
Sehubungan itu, pengundi-pengundi yang terlibat dalam PRK KT tiada pilihan. Mereka wajar memilih calon PAS yang memperjuangkan Islam bagi mengelakkan diri daripada bersekongkol dengan ahli-ahli parti yang mengamalkan perbuatan jijik, yakni rasuah.
Anda akan menyaksikan perayu-perayu undi UMNO/BN, calon, dan pemimpin-pemimpin mereka menunjukkan kerendahan diri bila menghampiri anda. Jangan sekali-kali termakan dengan lakonan mereka. Mereka telah diarah oleh Najib untuk merendah diri dan tidak menunjukkan imej sebenar mereka ketika itu. Jangan mudah tertipu dengan kepura-puraan dan mulut manis mereka.
Ketika inilah mereka tunjuk baik. Sedarlah bahawa mereka hanya bertanam tebu di tepi bibir, telunjuk lurus kelingking berkait, dan kokok berderai-derai ekor bergelumang taik!!!
UNDILAH PAS!!! UNDILAH PAS!!! UNDILAH PAS!!!
ALLAHU AKBAR!!! | | WAN FARID TIDAK LAYAK - MAHATHIR
KUALA LUMPUR, 5 Jan - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pemilihan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai calon Barisan Nasional di dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu sebagai "benar-benar pilihan yang sangat buruk". |
"Pemilihan calon ini oleh Barisan Nasional benar-benar sangat buruk. Semua orang melihat beliau hanya sebagai proksi. Seseorang yang akan dipergunakan nanti jika (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) menjadi Perdana Menteri. Inilah orang-orang yang akan mengelilinginya," kata beliau menurut rakaman video Malaysiakini. "Calon tersebut adalah pilihan Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) kerana beliau berkerja dengan Perdana Menteri," Malaysian Insider pula memetik Dr Mahathir berkata. Wan Ahmad Farid pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Abdullah ketika beliau menjadi Menteri Dalam Negeri pada tahun 2003. Beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri selepas pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu, dan dilantik semula sebagai senator bulan lalu. Wan Ahmad Farid meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri Jumaat lalu dan jawatan senator hari ini, untuk bertanding dalam pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari depan. Kerusi parlimen Kuala Terengganu kosong ekoran kematian penyandangnya, yang juga timbalan menteri pelajaran, Datuk Razali Ismail pada 28 November lalu. PAS mencalonkan Mohd Abdul Wahid Endut, pilihan yang disifatkan menyejuk dan melegakan hati semua pihak._ | | CABARAN PERTAMA KEPADA PENGERUSI SPR BARU DI P32 KT KUALA LUMPUR, Pengerusi baru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusuf, yang memulakan perkhidmatannya hari ini, akan turun padang bagi merasai sendiri persaingan sengit PAS-BN dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu seminggu lagi |
"Ini ujian pertama dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu dan juga (mahu mencari) pengalaman sebagai pengerusi SPR yang baru," katanya.
Beliau (keluar dari kereta) bercakap kepada media lebih kurang 10 minit ketika disambut oleh timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar (kanan sekali) dan setiausaha barunya Datuk Ngah Senik di lobi pejabat suruhanjaya itu kira-kira 10 pagi.
Persediaan pilihanraya kecil itu berjalan lancar dan beliau akan meneliti secara lebih terperinci, katanya.
"Penamaan calon pada 6 Januari. Semuanya telah disiapkan, (termasuk) tempat penamaan calon, tempat pengundian, (dan) tempat pengiraan.
"Dan kita juga akan lihat lebih terperinci (persediaan untuk pilihanraya itu). Yang mana boleh diperbaiki lagi, kita perbaiki," tambahnya.
Abdul Aziz juga berkata, SPR akan bekerjasama dengan polis bagi memastikan keselamatan sepanjang kempen tersebut, sehingga 17 Januari ini.
Diminta mengulas dakwaaan bahawa daftar pemilih yang disediakan dalam pilihanraya kecil itu tidak bersih, Abdul Aziz berkata:
"Macam basuh baju juga. Bukan bersih semua sekali gus. Prosesnya berterusan."
Bagaimanapun, tambah beliau, penyelarasan dengan agensi kerajaan berkaitan seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) amat penting dalam proses penyediaan daftar itu.
Bekas ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkata semasa berkhidmat di kementerian berkenaan, beliau telah pun meminta jabatan itu membersihkan data-data mereka.
"Mereka (pengundi) yang berumur 150 dan ke atas, takkanlah hidup lagi," katanya.
Perkara itu turut ditegaskan oleh Wan Ahmad.
"Kalau jabatan berwajib (JPN) tidak bersih data mereka (melibatkan orang) yang meninggal dunia... SPR hanya agensi yang menggunakannya," tambahnya.
Mengulas cadangan pendaftaran pengundi secara automatik mereka yang cukup umur 21 tahun, Abdul Aziz hanya menjawab ringkas:
"Itu isu yang lainlah. Kita kajilah (cadangan itu). Bila dah diwajibkan, hendak kuatkuasakan pula. Bukan senang hendak kuatkuasakan."
Cadangan itu dikemukakan oleh bekas pengerusi Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, Jun 2001.
Abdul Aziz berikrar meneruskan kerja-kerja bekas pengerusi itu yang disifatkannya "cemerlang".
Jika perlu, tambahnya, insitusi itu akan diperkemaskan.
Dalam masa terdekat ini, Abdul Aziz akan mengadakan perbincangan terperinci dengan pegawai-pegawai SPR bagi memahami perjalanan dan situasi suruhanjaya itu. | | MAHFUZ BUKTIKAN UTUSAN PEMFITNAH KUALA LUMPUR, 23 Dis (Hrkh) - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Utusan Melayu Bhd dan bekas ketua pengarangnya membayar RM120,000 kepada ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar dalam kes saman fitnah yang difailkan oleh pemimpin PAS tersebut. |
Mahfuz, selaku plaintif, menfailkan saman itu pada 2001 dengan menamakan ketua pengarang kumpulan akhbar berpengaruh Utusan Malaysia (ketika itu) dan penerbitnya sebagai defendan-defendan. Beliau mendakwa defendan pertama telah dengan sengaja dan niat jahat membenarkan penerbitan dan percetakan kata-kata yang mengandungi unsur fitnah yang disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia pada 3 Mac 2001. Mahfuz mendakwa penerbitan perkataan-perkataan itu menyebabkan dia menanggung malu dan menjejaskan kredibiliti di kalangan masyarakat.  Beliau yang bertindak sebagai Plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi melampau dan mengarahkan defendan meminta maaf serta menarik balik tuduhan fitnah terhadapnya. Defendan-defendan dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada Mac 2002 pula menyatakan artikel "Demonstrasi Mahfuz isytihar bersama Keadilan" yang disiarkan itu adalah benar dari segi kandungan dan fakta dan menafikan bahawa ia bersifat fitnah. | HISHAMMUDDIN MEMBERI AMARAN AGAR TIDAK PERTIKAI KETUANAN MELAYU Ketua Pemuda UMNO memberi kata dua kepada Chua Soi Lek supaya tidak bertindak menjadi HERO mempertikai ketuanan Melayu. | Mereka yang masih mempertikai konsep ketuanan Melayu adalah disebabkan hati yang tidak ikhlas, malah melibatkan pertimbangan peribadi dan politik, kata Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Menurutnya, segelintir pemimpin yang mengungkit perkara itu disifatkan sengaja mahu menjadi 'hero' atau menjadikan perkara itu sebagai isu untuk meletakkan kawan-kawan sendiri dalam partinya atau parti lain berada dalam situasi yang perlu menjawab kepada isu yang dibangkitkan itu. Beliau yang juga ketua Pemuda Umno berkata, dalam suasana landskap politik yang berubah pada masa kini, pemimpin berkenaan sebenarnya masih tercari-cari bagaimana meletakkan dan menempatkan diri serta perjuangan mereka dalam senario politik negara hari ini. "Orang ramai sebenarnya sudah muak dengan isu-isu yang dibangkitkan berkisar kepada agama, kaum dan politik semata-mata. Malaysia melalui pilihanraya umum lebih tujuh bulan dan orang ramai hendak tengok kerja-kerja dilaksanakan. "Jika masih dibelenggu dengan isu-isu sebegini, bila nak buat kerja?" katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pendidikan Guru sempena Majlis Grand Reunion Alumni Maktab Kirkby di Institut Tadbiran Awam Negara Bukit Kiara di ibunegara hari ini. Menurut laporan bernama, Hishammuddin berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek dan Ketua Wanita MCA Datin Paduka Chew Mei Fun yang menyatakan bahawa konsep ketuanan Melayu tidak lagi relevan di Malaysia dan ditolak oleh rakyat pelbagai kaum khususnya generasi muda. ishammuddin yang juga Ketua Pemuda Umno turut meminta supaya pemimpin yang masih lagi terkapai-kapai mencari hala tuju perjuangan peribadi mereka, tampil untuk berbincang secara baik daripada berterusan meluahkan sesuatu yang akhirnya akan menimbulkan kemarahan orang ramai. Sementara itu dalam satu majlis berasingan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Shafie Apdal berkata beliau merasa kesal dengan komen dua pemimpin MCA itu kerana perkara berkenaan tidak sepatutnya ditimbulkan oleh mana-mana pihak. "Ia sudah dinyatakan dalam perlembagaan, mengenai kedudukan raja-raja, kedudukan kaum Melayu dan sebagainya. Ini sudah jelas, semua orang tahu mengenainya dan ia bukan lagi isu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pameran Lukisan di Annexe Gallery, Pasar Seni di ibunegara hari ini. Katanya beliau merasa kecewa apabila kenyataan itu datang dari rakannya yang sebelum ini pernah berada dalam kabinet, sedangkan menurutnya semua pemimpin seharusnya memberi tumpuan kepada usaha memainkan peranan untuk bekerjasama membangunkan negara.  | MCA TOLAK KETUANAN MELAYU - DR CHUA SOI LEK MCA menegaskan gerakan itu menolak Ketuanan Melayu yang diagong-agongkan oleh sahabatnya UMNO. Apa pula kata UMNO dan Pemuda UMNO. Nak berdemo kena minta permit dulu. | Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini berkata konsep perkongsian kuasa dalam Barisan Nasional (BN) mesti diubah. Katanya slogan 'Ketuanan Melayu', hubungan Tuan dan Hamba, tidak boleh diterima lagi. "Kita menerima kepimpinan Melayu, tetapi bukan Ketuanan Melayu," katanya dalam ucapan penerimaan Anugerah Kancil di Petaling Jaya hari ini. "Bila kita berkata tolak 'Ketuanan Melayu', kita bukannya mencabar hak-hak istimewa orang Melayu. Ianya terkandung dalam perlembagaan kita dan tiada siapa pun boleh mengenetapikan pada masa ini. "Dalam cara yang sama, Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Statusnya dilindungi dalam perlembagaan, dan tiada siapa pun yang boleh mengubahnya," kata Chua. Beliau berkata, status tersebut diterima dan dihormati, maka "bila kita belajar bahasa lain atau memasang papan tanda dalam bahasa lain, ianya bukan mencabar status bahasa kebangsaan kita". Sehubungan itu, Dr Chua menegaskan pentingnya mengubah pemikiran rakyat Malaysia supaya tidak menguasai 'satu bahasa' sahaja dalam dunia globalisasi IT. "Kita perlu berdayasaing tinggi. Maka meningkat pembelajaran dan penguasaan adalah mengenai memperkayakan tenaga kerja kita, bukan (bermaksudn) lain," tambahnya. Beliau berkata, rakyat Malaysia mesti berubah dan kurang bersikap konfrontasi, kontroversial, emosi dalam isu-isu yang melewati batasan perkauman. "Jika kita menjadi kurang emosi/konfrontasi dan lebih objektif, maka suhu politik di Malaysia akan lebih 'normal'. "Mesti ada lebih konsensus, lebih bertolak ansur dan lebih asas kesaksamaan; bukan hubungan Tuan dan Hamba. "Hak semua masyarakat terkandung dalam perlembagaan. Para pemimpin tidak semesti tahu semuanya. Mungkin hanya yang terbaik untuk mereka dan bukannya untuk rakyat," katanya. Satu lagi perubahan yang diperlukan, katanya ialah bagi rakyat Malaysia berfikiran seperti rakyat Malaysia dan kurang berdasarkan garis perkauman.  | MAHATHIR JAMIN MUKHRIZ TAK RASUAH DALAM PEMILIHAN UMNO Politik wang, "istilah sopan" untuk gejala rasuah dalam pemilihan Umno diakui sudah mencapai tahap paling parah, namun bagi majoriti rakyat Malaysia ia tidak lebih sekadar satu isu basi yang hanya hangat dibincangkan setiap tiga atau empat tahun sekali. | Walaupun didedahkan, misalnya hanya untuk menjadi ketua bahagian sahaja ada calon yang menghabiskan puluhan juta ringgit, masyarakat umum tidak lagi terkejut dengan "perangai jelik orang Umno itu". Malah, ramai yang senyum sinis (menahan muak) mendengar pelbagai penegasan pimpinan tertinggi Umno bagi memerangi politik wang yang sudah mendarah-daging seluruh tubuh parti berkenaan. Terbaru, bakal Presiden Umno, Najib Razak dari Lima, Peru mengakui usaha menangani rasuah dalam Umno tidak mudah dan memakan masa panjang untuk mengatasinya. "Saya percaya ada beberapa langkah tambahan yang boleh kita lakukan untuk membanteras politik wang dalam politik," tambah Najib selepas menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin Apex, 24 Nov lalu. Soalan yang pasti menyusul: Apakah Najib ada kredibiliti untuk bercakap soal korupsi atau salahguna kuasa? Sewaktu media riuh-rendah dengan lakonan tidak menjadi pemuka-pemuka Umno mengganyang politik wang, para perwakilan, sama ada untuk persidangan penuh, Pemuda, wanita, hatta Puteri, sudah mengira berapa banyak habuan yang bakal diraih. Ada yang membekalkan nombor akaun bank supaya mudah urusan "transaksi" nanti. Penggiat jentera kempen pula siap menghitung bajet, dengan segala kos operasi, bagi menghadapi "pusingan kedua' yang lebih mendebarkan, selepas "kuda" mereka dapat melepasi kuota pencalonan yang ditetapkan. Ramai petugas sepenuh masa telah dikenal pasti untuk menggerakkan kempen. Apabila semakin ramai calon yang dapat bertanding, atau membuka ruang membatalkan persetujuan awal peralihan kuasa - seperti dalam kes pertandingan ketua wanita - maka peluang perwakilan untuk mengutip laba kian terbuka. Harus diingat, mereka yang terpilih sebagai perwakilan bahagian ke persidangan agung pun sudah "banyak melabur" sebelum mendapat status istimewa G7 (selain pemegang utama jawatan di peringkat bahagian yang terpilih secara automatik) yang bakal menjadi buruan calon-calon, menjelang pemilihan Mac 2009. Ya, bayangkan saja, selepas lebih 20 tahun (percubaan Anwar Ibrahim menentang Ghafar Baba pada November 1993 berakhir dengan kemenangan percuma selepas penyandang, Ghafar hanya mendapat tujuh pencalonan) jawatan timbalan presiden Umno bakal direbut tiga calon yang "tebal poketnya", Muhyiddin Yassin, Mohd Ali Rustam dan Muhammad Muhd Taib. Hampir semua perwakilan Umno "merindui" kehangatan kempen untuk jawatan berprestij itu, yang "datangnya tidak selalu, mungkin ini kali pertama dan terakhir semasa menjadi perwakilan". Bagi Pemuda, persaingan antara Mukhriz Mahathir, Khairy Jamaluddin dan Dr Mohd Khir Toyo pastinya menelan belanja yang cukup tinggi. Malah, saya kira, ia mungkin membabitkan wang paling banyak dalam sejarah pemilihan sayap kanan Umno itu. Jawatan ketua pemuda merupakan posisi strategik untuk mana-mana pemimpin Umno melangkah lebih jauh, di samping dapat membentuk rangkaian pengaruh lebih mantap, seperti pernah ditunjukkan Anwar dan Najib. Walaupun Dr Mahathir Mohamad adalah tokoh paling lantang mengecam budaya jijik sogokan membeli undi dalam pemilihan Umno, beliau sendiri tentu sukar untuk memberi jaminan bahawa anaknya langsung tidak terbabit dengan gejala buruk itu. "Saya tak pasti, antara Mukhriz dan Khairy, siapa yang kurang membelanjakan wang dalam kempen nanti," kata seorang aktivis Pemuda Umno, yang mendakwa ketiga-tiga calon ketua pemuda itu sudah terjerumus dalam gaung rasuah. "Masakan Mukhriz mampu mendapat pencalonan paling tinggi ketika Khir Toyo dan Khairy dikatakan mengumpan perwakilan bahagian-bahagian dengan rasuah?" tambahnya. Rasuah sememangnya jenayah paling sukar dibanteras kerana pelakunya payah untuk dibuktikan. Jarang orang yang menerima rasuah mahu ke hadapan menjadi saksi kerana mereka sudah menerima "nikmat" daripada jenayah itu. Seolah-olah, dalam jenayah ini, berbeza dengan jenayah bunuh, curi, rompak atau rogol, tiada sesiapa yang terlibat dengannya menjadi mangsa. Perasuah mendapat manfaat dengan undi yang diperolehinya, manakala perwakilan yang menerima rasuah, "seronok-suka" dengan habuan yang diterimanya, walaupun masing-masing menyedari maksud sabda Nabi: "Penerima dan pemberi rasuah akan ditempatkan dalam api neraka." Lebih malang, seperti pernah diungkapkan oleh Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS, kalangan pemimpin politik yang "dilihat menghayati agama pun terlibat dengan rasuah, walaupun mereka begitu menjaga amal ibadat lain, termasuk ibadat sunat". Sebenarnya, mangsa daripada petaka buruk akibat berleluasanya rasuah dalam pemilihan Umno terlalu ramai. Justeru, seluruh rakyat yang menjadi mangsa aktiviti tidak berakhlak itu perlu bangun menunjukkan bantahan dan protes secara terbuka. Ia bukan kegiatan eksklusif dalam Umno yang tidak memberi kesan kepada rakyat, seperti didakwa Syed Hamid Albar ketika pemimpin PAS Johor membuat laporan polis terhadap amalan rasuah membabitkan pemilihan Umno Kota Tinggi yang dipimpinnya. Rakyat yang sedia menderita akibat tekanan kenaikan kos sara hidup terus menanggung keperitan dihimpit jenayah rasuah pemimpin Umno. Dari mana sumber calon-calon yang menghabiskan jutaan ringgit untuk merebut jawatan dalam umno itu, kalau bukan khazanah kekayaan negara, yang sepatutnya diagihkan secara adil dan merata buat rakyat? Kos projek pembangunan meningkat berkali ganda, demi memenuhkan kantung penguasa dan deretan kroni mereka, yang kemudiannya "dilaburkan" kembali demi mengekalkan jawatan dan kedudukan. Saya pernah mendedahkan di Harakah, begitu banyak projek yang terpaksa dinaikkan kosnya, hanya untuk mengagihkan "keuntungan atas angin" kepada pelbagai lapis "kontraktor', yang sebahagian besarnya adalah pemimpin Umno peringkat bahagian. Masih saya ingat, ada projek menaikkan taraf sekolah, membabitkan kos RM200,000 setiap satu, untuk ratusan sekolah di seluruh negara, yang dibuat menjelang pilihan raya umum. Kontraktor hanya dibayar RM70,000 (35 peratus), manakala wang selebihnya RM130,000 dibahagi-bahagikan kepada "hantu-hantu politik". Angka 65 peratus untuk rasuah daripada kos projek itu adalah terlalu besar untuk ditampung oleh wang rakyat! Itu secebis contoh kecil. Usah dikira projek berbilion ringgit yang dianugerahkan secara rundingan terus, dengan persen tertentu ditetapkan kepada Umno, dan diserahkan secara tunai di Putrajaya! Hairan juga, Mahathir tidak pernah bersuara tentang gejala rasuah untuk membeli undi dalam setiap kali pilihan raya umum, bagi memenangkan BN sekali gus mengekalkan penguasaan majoriti dua pertiganya, yang menghanguskan wang rakyat dalam jumlah yang cukup besar dan menggerunkan! Korupsi itu bukan hanya membabitkan wang yang banyak, tetapi juga salahguna kuasa "kerajaan sementara" dan penyelewengan-penipuan SPR yang tiada taranya. Apa pun, saya mendoakan agar peringatan Mahathir di bawah ini akan menjadi kenyataan, apabila rakyat, dalam pilihan raya akan datang, bersatu hati menolak parti dan calon pilihan raya yang rasuah: "Sesungguhnya kesan daripada tingkah laku calon-calon untuk jawatan dalam Umno dan juga ahli-ahli Umno yang tamak dan begitu bersedia untuk disogok sudah menjadikan Umno sebuah pertubuhan yang dipandang hina dan dibenci oleh rakyat samada Melayu, Cina atau India. "Dengan mengetahui Umno terdiri dan dipimpin oleh perasuah, dengan anggapan bahawa siapa sahaja yang menjadi calon Umno dalam pilihan raya umum ke-13 akan terdiri daripada orang yang telah dicalonkan kerana rasuah, dipilih oleh pemimpin perasuah dari parti yang secara terbuka mengamal rasuah, apakah pengundi akan rela beri undi mereka kepada calon-calon Umno? Saya fikir tidak."
 | WALAU TIDAK BERMORAL MASIH MENDAPAT KEPERCAYAAN AKAR UMBI UMNO ketandusan pemimpin? itulah tandatanya apabila ramai pemimpin yang tidak bermoral, kaki perempuan, rasuah, samseng, tidak berpegang teguh kepada agama didapati masih mampu memenangi jawatan diperingkat bahagian, negeri malah negara. | Selepas gempar dengan cerita ada calon Umno yang bertanding untuk merebut jawatan dalam salah satu Umno Bahagian di Pahang dengan cara mengedarkan nombor ekor untuk mendapatkan undi kini Umno negeri ini sensasi lagi dengan kisah seorang calon yang bertanding Timbalan Ketua Bahagian telah menang besar walaupun dikaitkan dengan salah laku moral. Calon tersebut dikatakan telah kahwin lari dengan anak dara orang untuk dijadikan isterinya nombor tiga. Menurut laporan polis (gambar) yang dibuat oleh seorang wanita, beliau mendakwa anak perempuannya telah berkahwin dengan pemimpin Umno tersebut yang juga Adun salah sebuah kawasan dalam daerah Jerantut. Beliau membuat laporan kerana meragui perkahwinan anaknya itu dan sebagai rujukan pihak Jabatan Agama Laporan tersebut mengatakan, pada 22 Mei 2008 beliau telah melihat anak gadisnya itu keluar rumahnya di Felda Sungai Retang, Jerantut dengan membawa pakaiannya. Beliau cuba menghalang tetapi gagal. Pada awal bulan Jun, beliau mendakwa, telah dimaklumkan bahawa anak perempuannya itu telah berkahwin lari dengan pemimpin Umno tersebut sebagai isterinya yang ketiga. Sejak itu beliau tidak dibenarkan berjumpa anak gadisnya itu. Siasah difahamkan salinan report polis tersebut telah digunakan oleh pihak tertentu untuk menghalang pemimpin Umno tersebut daripada memenangi pertandingan jawatan Umno Bahagian. Salinan report itu dikatakan telah diedarkan kepada ahli-ahli Umno yang datang ke mensyuarat bahagian. Bagaimanapun apa yang menarik, pemimpin itu telah menang besar dan bergaya menewaskan lawannya dengan melebihi 100 undi.  | MB PAHANG DAKWA POLITIK WANG DALAM UMNO MAKIN PARAH KUALA LUMPUR, 14 Nov - Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob menyifatkan amalan rasuah atau politik wang dalam pemilihan jawatan Umno kali ini adalah yang paling para | Dalam satu sidang media bersama Badan Pencegah Rasuah (BPR) semalam, Adnan menegaskan, senario rasuah yang berlaku kali ini paling parah yang pernah disaksikan. Paling memeranjatkan Adnan yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Pahang turut menyatakan beliau malas mahu bercakap persoalan Umno hari ini yang semakin parah. Sementara itu Ketua Pengarah BPR, Dato' Ahmad Said Hamdan pula menyatakan pihaknya mengesan banyak kesalahan rasuah yang berlaku dalam pemilihan Umno. BPR juga telah mula mengumpulkan bukti dan menahan beberapa individu yang didakwa melakukan rasuah, katanya. Pihaknya tidak teragak-agak membuat tindakan, dan bagi BPR apa yang diistilahkan sebagai 'politik wang' adalah serupa dengan tafsiran rasuah. Justeru BPR akan bertindak atas dakwaan itu sebaik segala bukti dapat dikumpulkan. POLITIK WANG JEJASKAN KREADIBILITY BAKAL PM DAKWAAN bekas Ahli Parlimen (Umno) Parit Sulong, Dato' Ruhanie Haji Ahmad kononnya pencalonan dua calon Timbalan Presiden Umno, Dato' Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib dikaitkan dengan politik wang, adalah dakwaan berat yang perlu dibersihkan. Kebetulan, pencalonan Mohd Ali dan Muhammad hanya mencukupi quota minimum disaat-saat akhir yang dilihat seperti ada 'kuasa luar' yang menyebabkan ianya mencukupi walaupun tidak mudah mendapatkannya. Ruhanie yang dikenali dengan panggilan Ron ini turut menawarkan diri bertanding anggota Majlis Tertinggi (MT), tetapi tidak mendapat cukup pencalonan, hinggalah saat-saat akhir. Sehingga habis semua kecuali lima bahagian mengadakan persidangan, 73 nama berjaya dimasukkan dalam senarai pertandingan MT, yang mensyaratkan sekurang-kurang 10 pencalonan atau lima peratus. Ron tidak pula menyebut, pencalonan turut terkait dengan isu politik wang, seolah-olah, yang mencalonkan Muhyiddin 'bersih' tetapi yang mencalonkan selain dari Muhyiddin, 'disyaki' ada unsur-unsur lain, khususnya politik wang. Persoalannya, mengapa Ron tidak bertindak mengadukan hal ini kepada Lembaga Disiplin (LD) yang sudah mengesahkan menerima 1,000 aduan mengenai berlakunya politik wang, tetapi belum kelihatan membicarakan sesiapa dari kalangan jerung untuk dihalang daripada bertanding dalam pemilihan Mac depan. Bukan Ron sahaja, ramai lagi orang-orang besar dalam Umno yang mengesahkan mereka tahu ada berlaku politik wang. Khairy Jamaluddin yang menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda, mempelawa Badan Pencegah Rasuah (BPR) komited dalam menyalankan siasatan seterusnya menyeret mereka yang terlibat ke muka pengadilan. Exco Pergerakan Pemuda Umno mula membayangkan dia seorang yang bersih dari politik wang, malahan menolak sebarang perlawaan debat untuk menyatakan misi dan visi, kecuali mengajak semua calon-calon supaya 'menjauhkan diri dari politik wang'. Menteri Luar, Dato' Seri Dr Rais Yatim pula membayangkan dialah yang paling bersih kerana setiap kali kenyataan yang dikeluarkannya, seolah dia dan pegawai-pegawainya tidak pernah menghulur sesiapa di peringkat bahagian supaya 'bawa kawan-kawan makan' untuk meminta pencalonan. Bila sahaja dia mengetahui namanya sudah layak bertanding kerana pencalonan sudah mencukupi, Rais berkata; "sokongan yang diterimanya sehingga melayakkannya bertanding pada pemilihan parti Mac depan, membuktikan masih ada ruang dalam Umno untuk pemimpin yang ikhlas dan bebas daripada rasuah politik. "Pencalonan menunjukkan ahli melihat keikhlasan seseorang yang mahu memperkasakan Umno, tanpa meminta balasan wang ringgit sebagai ganjaran sokongan. "Mereka ini memberikan sokongan secara ikhlas kerana yakin dengan kemampuan saya untuk membantu bakal Presiden dan timbalannya untuk mengukuhkan Umno supaya kembali diterima rakyat," katanya. Rais yang gembira dengan perkembangan itu tidak pula menjanjikan apa-apa kenyataan pahit yang bakal dikeluarkannya nanti sebaik sahaja mengetahui, perwakilan tidak memberikan undi yang mencukupi untuknya menang kerusi Naib Presiden. Nampaknya, Rais dan Mukhrizlah setakat ini yang nampaknya tidak bermain dengan politik wang - jika percakapan dan kenyataannya diambil kira. Pada pandangan mereka berdua, orang lain yang turut bertanding, semuanya 'pakai duit' untuk mendapat pencalonan, tetapi mereka, tidak! Betul ke? Atau Rais memang tidak popular di kalangan grassroot. Mustahil semua bahagian yang ingin mencalonkannya meminta wang darinya dan mustahil, bahagian-bahagian yang tidak mencalonkannya, mendapat wang dari calon-calon yang mereka (bahagian tersebut) calonkan. Tidak ada seorang pun calon yang secara langsung atau tidak langsung tidak menggunakan unsur duit, tawaran, janji dan sebagainya untuk mendapatkan pencalonan. Malahan, dari segi 'hukum', berdosa besar Rais jika dia beranggapan, semua yang mendapat pencalonan, kecuali dirinya disebabkan rasuah politik. Berdosa juga Rais kalau dia hanya merasakan dia sahaja yang berwibawa, berkemampuan dan boleh memperkasakan Umno. Apakah Umno akan 'mati' bersama-sama 'matinya' Rais? Perwakilan dan ahli-ahli Umno melihat dari kacamata mereka sendiri. Ketika Rais melihat dirinya layak, mungkin ahli-ahli Umno di peringkat cawangan dan bahagian merasakan sebaliknya. Ketika kerajaan mahu mencalonkan Rais sebagai calon Setiausaha Agung Komenwelth suatu ketika dahulu, mungkin kerana kerajaan merasakan Rais mampu, berwibawa dan boleh menjalankan tugas-tugasnya tetapi Rais pula tidak merasakan apa yang kerajaan rasakan. Janganlah Rais mahu orang mesti berpandangan sama seperti pandangannya dan janganlah Rais mengajak semua orang (baca: ahli-ahli Umno) mempercayai bahawa hanya dia sahaja yang berwibawa, berkemampuan dan boleh memperkasakan Umno. Cukup susah kerja yang mahu Rais lakukan itu kerana 'percaya' adalah satu modal yang cukup susah. Kadang-kadang, kita pun hairan bagaimana orang lain boleh percaya diri kita sedangkan 'isteri' kita pun tidak percaya kepada kita. Rais pasti setuju ayat ini! Begitu juga Ron, ketika dia mungkin ingin menjadi penulis dan orang politik yang mempunyai isme sendiri, janganlah membuat dakwaan dan tuduhan yang boleh menyakitkan hati orang lain. Dakwaan mengaitkan Mohd Ali dan Muhammad dengan 'politik wang' kerana mendapat pencalonan yang mencukupi adalah tuduhan yang berat. Begitu juga Rais, walaupun serkap jarangnya tidak siapa boleh menafikan, tetapi menuduh pencalonan perlukan balasan dengan wang adalah dakwaan jahat yang betul-betul tidak munasabah. Ketika orang tidak mencalonkan Rais kerana mereka tidak pernah dapat mendampingi Rais, kerana protokol, ego dan cakap berkelok-kelok. Janganlah ingat, (baca : fikir) orang lain, segala-galanya dibeli padahal, orang lain sudah mendekati dan mendampingi grassroot ketika berjawatan dan ketika tidak ada apa-apa. Mereka tidak 'mengambil cuti' untuk sambung belajar, padahal, sengaja mahu mencari jalan tidak mahu �melayan karenah� orang-orang bawahan. Akhirnya, orang-orang bawahan tahu siapa yang boleh mereka bernaung dan siapa yang boleh mereka 'buat kawan'. Rais kena tahu itu. Dan kalau sudah tahu, beritahu Ron sama. Janganlah bercakap ikut sedap mulut kerana lidah memang tidak bertulang. - mr_  | POLITIK WANG BENAR-BENAR MEROSAKKAN UMNO Jika dinilai berdasarkan kenyataan tegas dan amaran keras pelbagai peringkat kepimpinan Umno terhadap amalan politik wang, sepatutnya sudah tidak ada ruang untuk gejala terkutuk itu menghuni parti tersebut. Bahkan pemimpin yang terbukti mengamalkannya juga sepatutnya sudah tidak mendapat tempat di hati pendokong Umno. | Ironinya, semakin hebat para pemimpin Umno mengutuknya, penyakit itu sebaliknya semakin parah dan membarah dalam parti itu. Tidak menghairankan apabila aduan mengenai politik wang sepanjang kempen pemilihan dan pencalonan berbagai jawatan parti itu tahun ini mencatat rekod tertinggi dalam sejarahnya. �Sepatutnya tidak ada tempat (dalam Umno) untuk mereka yang terlibat dengan politik wang,� kata bakal Presiden Umno, Dato' Seri Najib Razak, 8 November. Pada hari sama, Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail menyifatkan gejala politik wang dialami Umno kini adalah paling serius apabila pihaknya menerima lebih 900 aduan setakat ini. Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, dalam reaksinya sehari selepas itu meminta siasatan kes berkenaan dipercepatkan supaya calon bertanding jawatan tertinggi yang terbabit dalam kegiatan sedemikian tidak dibenarkan bertanding. Amalan politik wang dalam Umno sudah sampai ke tahap sangat parah dan hampir mustahil diubati. Sebab itu, setiap pemimpin yang bertanding bukan saja cuba menampilkan diri sebagai bersih dari gejala itu, malah turut menyatakan komitmen masing-masing dalam membanterasnya. Naib Presiden Umno, Dato' Seri Mohd Ali Rustam ketika mengulas kejayaannya melepasi kuota pencalonan jawatan Timbalan Presiden Umno, Ahad lalu, menegaskan beliau sudah bersedia membantu Abdullah membersihkan parti daripada gejala politik wang. Dato' Seri Dr Rais Yatim pula menganggap kejayaannya melepasi kuota pencalonan jawatan Naib Presiden sebagai bukti masih ada ruang dalam Umno untuk pemimpin yang ikhlas dan bebas daripada rasuah politik. Sebelum ini beliau secara sinis telah mencadangkan agar jawatan tertinggi partinya dipertandingkan secara tender. Secara serius Rais turut mengesyorkan agar peranan Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk menyiasat kes politik wang dalam Umno diperluaskan. Malangnya, komitmen para pemimpin Umno itu tidak meninggalkan bekas di kalangan pendokong parti itu. Apa yang diluahkan Dato' Rosol Wahid ekoran kegagalannya mempertahankan jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu baru-baru ini tidak lari dari hakikat itu. Akhbar harian 27 Oktober lalu memetik dakwaan beliau ada beberapa perwakilan memaklumkan kepadanya bahawa sesetengah mereka dibayar antara RM300 hingga RM1,000 untuk memberikan undi kepada calon-calon tertentu. Ahad (9 November) lalu seorang penyunting sebuah akhbar harian mendakwa menerima maklumat daripada rakannya yang baru menghadiri satu mesyuarat Umno bahagian di Kelantan. Pengadu itu mendakwa ada perwakilan dibayar antara RM1,000 ke RM1,300 seorang supaya mengundi calon tertentu. Beliau turut mengeluh, �Umno dah hancur. Betul-betul dah jahanam.� Pernah ada pemimpin Umno menyifatkan keadaan perpecahan dan politik wang dalam parti itu kini sebagai �paling buruk dalam sejarah�. Ada pula yang menganggap Umno kini dilanda �malapetaka�. Masalah besar dihadapi Umno ialah kesukaran menggali bukti-bukti amalan merosakkan itu. Najib sendiri mengakui tidak mudah membanteras politik wang dalam partinya secara menyeluruh kerana mereka yang sanggup membuat aduan jauh lebih kecil berbanding yang menerima sogokan. Itulah juga yang diakui para pemimpin lain yang mendakwa kalah kerana politik wang. Mereka tidak mampu berbuat apa-apa kerana kekurangan bukti. Puncanya, perwakilan Umno yang terlibat dengan perkara itu enggan membuat laporan rasmi kerana bimbang kedudukan masing-masing. Apatah lagi tindakan disiplin terhadap pelaku politik wang tidak berbaloi. Jika pun mereka digantung keahlian atau dilucutkan jawatan, ia hanya bersifat sementara. Tokoh yang telah terbukti terlibat dengan gejala buruk itu masih mampu bangkit semula. Contohnya, Tan Sri Isa Samad yang kini turut melepasi kuota kelayakan bertanding jawatan sama Mac depan. Silap haribulan mereka yang mengadu terhadapnya dulu akan menjadi mangsa pula selepas ini. Dalam keadaan itu, memang agak mustahil bagi Umno membanteras politik wang. _ | RAZAK BAGINDA BEBAS, KEPUTUSAN MENGECEWAKAN - ANWAR KUALA LUMPUR: Walaupun Razak Baginda dibebaskan namun kes ini masih dilihat sangat mencurigakan, kata Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim. | Menurut Anwar, kes pembunuhan Altantuya itu telah dijalankan secara tidak profesional kerana badan kehakiman bersifat menindas apabila kes-kes melibatkan pembesar. “Pendakwaan masih mencurigakan. Siasatan tidak telus dan menimbulkan banyak kecurigaan kepada masyarakat,” katanya ketika di temui di pekarangan Mahkamah Sesyen Jalan Duta, 31 Oktober lalu. Tambah Anwar, apabila melibatkan kes ini melibatkan pembesar termasuk Timbalan Perdana Menteri, Najib Abdul Razak,banyak perkara yang tidak dilakukan oleh pihak makahmah. “Kes ini melibatkan Najib (Timbalan Perdana Menteri) dengan penyebaran SMS, tetapi kenapa ia tidak disiasat secara telus,” katanya Sementara itu, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff berkata Walaupun Razak Baginda dibebaskan namun kes ini harus dilihat bagaimana penghakiman ini memberi kesan kepada rakyat Malaysia Ketika dihubungi Suara Keadilan Online, Yusmadi berkata, terdapat beberapa kecurigaan yang berlaku sepanjang kes ini berlaku yang menjadi persoalan kepada rakyat negara ini. “SAYA Berpendapat bahawa keputusan tersebut patut dihormati, tapi pada masa yang sama sejauh mana keputusan ini boleh memberi keyakinan rakyat kepada sistem jenayah dan sistem keadilan negara yang setakat ini dikritik hebat,” katanya. Pagi ini Mahkamah Tinggi Shah Alam, Hakim Mohd Zaki Md Yasin membebaskan tertuduh ketiga kes pembunuhan berprofil tinggi, Abdul Razak Baginda degan alasan pihak pendakwa gagal membuktikan kes prima facie terhadap penganalisis politik berkenaan. Mengulas mengenai keputusan bekenaan, bapa kepada mangsa bunuh, Dr Setev Shariibuu berkata beliau amat kecewa dengan keputusan mahkamah berkenaan yang bebaskan Razak. Tambah Yusmadi yang juga peguam hak asasi, sesuatu penghakiman yang diputusan makamah mesti mempunyai nilai kepentingan awam, yang bermaksud pihak awak mampu melihat satu proses keadilan yang adil kepada kedua-dua pihak samaada tertuduh dan yang mendakwa. “Saya rasa ini merupakan satu isu yang besar dan perlu dilihat oleh pemerintah dan pihak-pihak berwajib supaya keputusan mahkamah yang diputuskan dinegara tidak dijadikan bahan ketawa apatah lagi tidak dapat pengiktirafan oleh rakyat dan masyarakt global,” katanya lagi. Selain Razak yang dibebaskan, tertuduh pertama dan kedua, Azilah Hadri dan Sirul Azhar dikehendaki membela diri, hakim mengumumkan 10 November ini sebagai tarikh perbicaraan bela diri bagi mereka. Mereka bertiga didakwa kerana membunuh seorang warga Mongolia, Altantuya Shariibuu. Mayat Altantuya telah diletupkan dan cebisan daging dan tulangnya ditemui bertaburan di kawasan Puncak Alam dan dipercayai diletupkan pada 19 Oktober 2006 31 Oktober lalu, Hakim Mohd Zaki Md Yasin memutuskan membebaskan tertuduh ketiga, Razak Baginda kerana pihak pendakwa gagal membuktikan kes prima facie terhadap penganalisis politik tanah air berusia 48 tahun itu. Manakala bagi tertuduh pertama dan kedua, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar diarahkan membela diri dan menetapkan 10 November ini sebagai tarikh perbicaraan bela diri bagi mereka. Menurut laporan media, Azilah dan Sirul Azhar mempunyai tiga pilihan untuk membela diri iaitu memberi keterangan bersumpah, memberi keterangan dalam kandang tertuduh atau berdiam diri. | KALAU RAZAK BAGINDA TIDAK BERSALAH, SIAPA YANG TERLIBAT? KUALA LUMPUR, mengapa Abdul Razak, yang mengenali anak perempuannya dibebaskan tetapi dua anggota polis yang tidak dikenali anaknya, diperintah membela diri - Dr Shaariibuu Setev | Pembebasan Razak Baginda menimbulkan tandatanya dan keraguan kepada rakyat Malaysia dan seluruh dunia yang mengikuti perkembangan kes pembunuhan Ahtantuya. Persoalan yang timbul sekarang siapa yang bersalah. Bapa Altantuya pun hairan bagaimana orang yang terlibat dengan anaknya dibebaskan manakala dua tertuduh yang tidak mengenali anaknya pula didakwa. Saiapa yang terlibat ? Dr Shaariibuu Setev, bapa wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan penganalisis Abdul Razak Abdullah Baginda daripada pertuduhan bersubahat membunuh anaknya. Bagaimanapun, Shaariibuu berkata beliau dan anggota keluarganya menerima keputusan berkenaan kerana hakim, yang membuat keputusan itu, telah mempertimbangkan semua alasan dan keterangan yang dikemukakan kepada mahkamah. Beliau turut bertanya mengapa Abdul Razak, yang mengenali anak perempuannya dibebaskan tetapi dua anggota polis yang tidak dikenali anaknya, diperintah membela diri, demikian menurut laporan Bernama. Ditanya wartawan sama ada beliau menjangkakan Abdul Razak akan dibebaskan, Shaariibuu berkata beliau sangat kesal dengan nasib yang menimpa anaknya dan menyangka anaknya akan mendapat keadilan di Malaysia. Mengenai sama ada keputusan Mahkamah Tinggi itu akan memberi kesan kepada sistem kehakiman di Malaysia, beliau berkata dunia mengikuti perkembangan kes anaknya dan beliau percaya keputusan itu, sedikit sebanyak, akan memberi kesan kepada kehakiman Malaysia. Shaariibuu berkata beliau enggan mengulas banyak mengenai keputusan berkenaan kerana tidak mahu campur tangan dalam kehakiman Malaysia, tetapi akan berunding dengan peguamnya berhubung tindakan selanjutnya. Beliau bercakap kepada wartawan dalam bahasa Mongolia, yang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh setiusaha kedua Kedutaan Mongolia di Thailand, Siizkhuu Sainbileg. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Md Yasin hari ini membebas dan melepaskan Abdul Razak tanpa dipanggil membela diri terhadap pertuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia itu. Tindakan lanjut Namun dua anggota polis yang menghadapi pertuduhan membunuh Altantuya, diperintah membela diri. Mahkamah menetapkan 10 November ini bagi Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, daripada Unit Tindakan Khas (UTK), untuk membela diri. Azilah dan Sirul Azhar menghadapi pertuduhan membunuh Altantuya, 28, di satu lokasi antara lot 12843 dan lot 16735 di Mukim Bukit Raja di Shah Alam antara 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006. Abdul Razak, 48, pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia, dituduh bersubahat dalam pembunuhan Altantuya, di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur antara 9.54 pagi 18 Oktober dan 9.45 pagi 19 Oktober 2006. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman mati mandatori. Peguam Karpal Singh, yang menjadi peguam pemerhati bagi keluarga Altantuya, semasa ditanya mengenai tindakan selanjutnya selepas keputusan pembebasan Abdul Razak, berkata beliau akan menulis surat ke Jabatan Peguam Negara memohon pendakwaan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu. Katanya pembebasan Abdul Razak belum muktamad kerana pendakwaan boleh memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Sementara itu, Timbalan Pendakwaraya Tun Abdul Majid Tun Hamzah, yang mengetuai barisan pendakwaan, beliau akan berbincang dengan Peguam Negara sama ada mengemukakan rayuan terhadap pembebasan Abdul Razak. Tun Abdul Majid berkata pendakwaan akan mempertimbangkan untuk memfailkan rayuan selepas meneliti penghakiman. "Kami mempunyai 14 hari untuk memfailkan rayuan tetapi kami perlu menunggu arahan Peguam Negara," katanya, sambil menambah kata bahawa pihak pendakwaan telah melaksanakan tugas secara teliti bagi membuktikan kes. | PAKATAN RAKYAT TETAP DESAK SIASATAN TERHADAP NAJIB DITERUSKAN KUALA LUMPUR, - Pakatan Rakyat hari ini mendesak supaya siasatan tetap diteruskan terhadap Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak berhubung skandal pembelian Helikopter EC-725 keluaran Eurokopter bernilai RM1.67 bilion. | oleh Rusnizam Mahat Perkara ini dijelaskan oleh Timbalan Presiden KeADILan, Dr Syed Hussin Ali ketika dihubungi Suara Keadilan bagi mengulas keputusan kerajaan untuk menangguhkan pembelian helikopter tersebut yang dikatakan sebagai langkah berjimat-cermat berikutan krisis kewangan global. ” Pertama sekali, kita setuju keputusan kerajaan supaya Eurokopter itu ditarik balik kerana harganya mahal, kerana mungkin berlaku implikasi rasuah dan sebagainya tetapi kita tetap mendesak supaya kerajaan meneruskan siasatan terhadap pembelian itu kerana surat pembeliannya telah pun dikeluarkan” jelas beliau. Menurut Syed Hussin, harga yang ditawarkan dalam pembelian helikopter itu jauh lebih tinggi dari pembida-pembida helikopter yang lain dan sekiranya di India ujarnya, jumlah yang diperuntukkan oleh kementerian pertahanan itu berupaya untuk membeli 100 helikopter jenis yang sama. ” Jesteru, Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) perlu menyiasat berhubung pembelian Eurokopter ini dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) harus membuka fail untuk siasatan” tegasnya. Beliau menambah, keputusan Abdullah Ahmad Badawi untuk menghentikan pembelian helikopter itu tidak menunjukkan imej beliau sebagai seorang yang bersih, malahan menunjukkan kelemahannya sebagai Perdana Menteri dan sebagai menutup kesalahan yang dilakukan Najib. Pada masa yang sama, Syed Hussin turut menggesa kerajaan supaya memastikan pembelian peralatan ketenteraan pada masa akan datang perlu dibuat secara tender terbuka untuk mengelakkan berlaku unsur penyelewengan. Sementara itu, Ketua AMK, Shamsul Iskandar turut menggesa kerajaan meneruskan siasatan terhadap laporan yang telah dibuat kepada BPR terhadap bakal Perdana Menteri berhubung skandal pembelian helikopter tersebut. Ini jelasnya, berikutan surat persetujuan telah pun dikeluarkan oleh kerajaan untuk membeli pesawat berkenaan dan proses pembeliannya telah pun dilakukan. “Kita sambut baik soal kesediaan untuk menanguhkan pembelian Eurokopter ini tetapi yang paling penting siasatan terhadap Najib tetap dijalankankan,” tegasnya. Menurutnya, AMK akan sentiasa memantau kes berkenaan dengan BPR dari semasa ke semasa dan pihak BPR telah memberi jaminan akan membalas surat jawapan berkaitan kes itu dua minggu dari tarikh laporan dibuat ke atas anak bekas Perdana Menteri, Tun Razak. “Ini kerana ‘letter of intend’ telah pun dikeluarkan dimana pasti Jenayah telah berlaku. “Kerajaan mengambil kesempatan krisis ekonomi ini untuk menutup penyelewengan yang telah dilakukan oleh Menteri Kewangan itu,” jelasnya. Pada Jumaat lalu, tiga sayap pemuda Pakatan Rakyat membuat laporan kepada BPR di Putrajay berhubung penglibatan bekas Menteri Pertahanan dalam pembelian Eurocopter. Laporan tersebut dibuat oleh Shamsul sendiri, Setiausaha Pemuda Pas Pusat, Ahmad Sabky Yusuf dan Ketua Pemuda DAP, Anthony Lee. Laporan berkenaan dibuat berdasarkan surat rasmi yang dihantar syarikat pembida Helikopter, Mentari Services kepada kerajaan yang memberitahu bahawa kerajaan telah bersetuju membeli 10 unit eurokopter yang lebih mahal berbanding dari pembida lain yang menawarkan helikopter berkeupayaan yang sama dengan harga lebih murah. Abdullah yang juga Menteri Pertahanan berkata, kerajaan juga memutuskan bahawa sebarang pembelian baru helikopter bagi menggantikan Nuri akan dilakukan selewat-lewatnya sebelum 2011. Menurutnya, perkara itu telah diputuskan dalam mesyuarat Exco Majlis Ekonomi Kebangsaan yang dipengerusikannya pada 13 Oktober lalu.  | PENANGGUHAN PEMBELIAN EUROCOPTER TERBUKTI USAHA PR DAN RAKYAT MALAYSIA BERJAYA SELAMATKAN WANG NEGARA KUALA LUMPUR, Pendedahan mengenai penyelewengan pembelian eurocopter yang berganda melebihi harga sebenar oleh pembangkang PR telah menyelamatkan wang rakyat. | Tindakan PM membatalkan pembelian itu adalah usaha untuk menyelamatkan Najib dari mendapat desakan rakyat dan pembangkang supaya kerajaan menyiasat penyelewengan pembelian Eurocopter tersebut. Namun PM mendakwa pembelian helikopter EC-725 keluaran Eurocopter yang bernilai RM1.67 bilion ditangguhkan sebagai langkah berjimat-cermat berikutan krisis kewangan global. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga menteri pertahanan berkata, kerajaan juga memutuskan bahawa sebarang pembelian baru helikopter bagi menggantikan Nuri akan dilakukan selewat-lewatnya sebelum 2011. Menurut beliau, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Exco Majlis Ekonomi Kebangsaan yang dipengerusikan beliau pada 13 Oktober lalu. Keputusan itu, tambahnya, tiada kaitan dengan dakwaan beberapa pihak bahawa wujud penyelewengan dalam pengeluaran tender itu. Apapun alasan yang diberikan oleh PM telah difahami oleh rakyat. Rakyat yang menilai sejauhmanakah kejujuran pemimpin BN untuk menyelamatkan wang rakyat. Jangan semasa mereka hampir tertiarap baru memikirkan wang rakyat, tetapi semasa kuat yang mereka fikirkan ialah kroni. | EUROCOPTER - MENGAPA MALAYSIA BELI LEBIH MAHAL Brazil membeli helikopter Eurocopter EC-725 dengan harga yang lebih murah RM82 juta sebuah, sedangkan Malaysia bakal membayar dengan harga RM193 juta, kata Angkatan Muda PKR hari ini. | Brazil membeli helikopter Eurocopter EC-725 dengan harga yang lebih murah RM82 juta sebuah, sedangkan Malaysia bakal membayar dengan harga RM193 juta, kata Angkatan Muda PKR hari ini. Dalam laporan polisnya, timbalan AMK Mohd Fariz Musa berkata perbezaan harga lebih sekali ganda itu harus dipertimbangkan untuk siasatan. "Brazil telah menandatangani kontrak pembelian 50 buah helikopter Cougar yang bernilai US$1.2 bilion ataupun RM4 bilion. Manakala Malaysia pula telah menandatangani kontrak berjumlah RM2 bilion hanya untuk 12 buah helikopter Cougar," katanya dalam laporan itu yang dibuat di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur tengah hari ini. Perbezaan harga antara dua negara ini bagi sebuah helikopter dengan model yang sama sebanyak RM111 juta atau RM1.2 bilion bagi kontrak membeli 12 buah unit, tambahnya. "Persoalan timbul ialah ke mana perginya RM1.2 bilion ini dengan sewenang-wenangnya?" kata Mohd Fariz. Kontroversi pembelian ini muncul selepas Mentari Services Sdn Bhd mempertikaikan tatacara perolehan helikopter tersebut minggu lalu dan isu yang sama dibangkitkan oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, Isnin lepas. Pengerusi syarikat itu Kapt (B) Datuk Zahar Hashim mendakwa keputusan kementerian mengeluarkan surat hasrat (LOI) kepada Eurocopter "agak luar biasa dan bertentangan dengan prosedur yang telah diamalkan selama ini." Kementerian Pertahanan bagaimanapun menafikan perolehan helikopter Eurocopter Cougar EC-725 melalui proses yang meragukan dan luar kebiasaan seperti dakwaan sebuah syarikat baru-baru ini. Dalam kenyataannya Jumaat lepas, ketua setiausaha kementerian itu Datuk Abu Bakar Abdullah menyatakan perolehan itu mengikut peraturan seperti ditetapkan, tanpa dipengaruhi mana-mana pihak. Semalam, kabinet dilaporkan bersetuju Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) memperhalusi isu pembelian itu bagi menggantikan helikopter Nuri. Katanya, sekalipun Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Abu Bakar Abdullah telah membuat kenyataan sebelum ini bahawa proses perolehan helikopter itu dilakukan mengikut peraturan dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak, namun Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, juga menteri kewangan sewaktu proses awal pengeluaran tender tersebut, berkata perkara itu tetap wajar dikaji secara mendalam oleh PAC. "Dalam mesyuarat kabinet Jumaat lepas, saya mengusulkan supaya isu pembelian helikopter ini dikemukakan untuk dihalusi oleh PAC dan dikaji dengan mendalam oleh PAC dan PAC boleh membuat kesimpulan," beliau dipetik sebagai berkata. Fariz, yang membacakan laporan polis itu kepada media, turut mempersoalkan manfaat yang diperolehi Malaysia berbanding Brazil. "Kontrak Brazil itu juga mewajibkan Eurocopter memindahkan teknologi ke kilang di Brazil dan ini juga mempunyai kesan positif dari segi pekerjaan yang akan ditambah," katanya. "Tetapi pembelian di Malaysia langsung tidak mempunyai sebarang asas timbal balik yang mendatangkan keuntungan buat Malaysia sama ada jangka pendek mahupun jangka panjang."  | DR RAIS BERBICARA LAGI PASAL RASUAH DALAM PEMILIHAN UMNO Jika Umno tidak mengawal amalan rasuah dalam pemilihan barisan pemimpinnya, lebih baik parti itu membuka tender dan sesiapa yang lebih tinggi bidaan akan menjadi ketuanya, kata Datuk Seri Dr Rais Yatim. | "Saya kira mereka yang menyumbang (politik wang), kalau begini lebih baik Umno itu adakan sistem tender, siapa yang lebih tinggi dia jadi ketua. "Kalau begitu Umno ambil duitnya, siapa yang banyak duit buat bidaan, kan jadi bahan ketawa, tetapi hal macam ni kena dibincang," katanya seperti dilaporkan Bernama. "Politik wang atau korupsi politik tidak selesai sebab ia sudah menjadi budaya di dalam Umno sekian lama. Cuma tak ramai yang mahu mengaku perkara ini berjalan. "Lebih baik kita mengaku dan rakyat menghukum kita bersama-sama supaya orang ramai dapat melihat parti politik ini bersih dari amalan rasuah ataupun tumbuk rusuk dan penggunaan wang secara berleluasa." Dr Rais, yang juga menteri luar, berkata antara kekangan utama dalam membanteras gejala itu ialah ketiadaan bukti kerana pihak yang terlibat cukup licik dan licin memainkan peranan mereka. "Masalahnya ialah bukti. Bukti orang memberi cukup sukar sebab pihak-pihak ini memainkan peranan licik dan licin. "Dalam masa tempoh orang tidur, masa tempoh orang tak sedar tidak dapat diambil gambar, tidak dapat diambil tindakan sebab buktinya tidak ada tapi dalam undang-undang baru Akta Pencegahan Rasuah, saya dapati hal ini dapat diatasi sekiranya laporan daripada pihak-pihak berkenaan ada," katanya. Umno, kata Dr Rais lagi, tidak cukup berupaya untuk memantau dengan rapi amalan politik wang, justeru lebih wajar jika ia diserapkan bawah bidang kuasa undang-undang negara, lapor agensi berita itu lagi. Semalam anggota Majlis Tertinggi Umno itu dilaporkan berkata beliau diminta memberikan wang untuk mendapatkan undi bagi pencalonan jawatan naib presiden yang menjadi sasarannya dalam pemilihan, Mac tahun depan. Beliau berkata "majoriti" ahli parti itu lebih berminat mengejar wang ketika kempen berlangsung sekarang daripada memilihan pemimpin yang benar-benar layak, lapor sebuah agensi berita. "Kami didekati dengan berselindung sebalik bantuan dan sumbangan. (Tetapi) saya tidak bersedia (berbuat demikian), jadi anda lihat undi (pencalonan) saya tidak begitu banyak. "Jika ada ingin turut serta (dalam perebutan jawatan), anda mesti mengiyakannya," beliau dipetik sebagai berkata. Dr Rais hanya memperolehi enam pencalonan daripada bahagian-bahagian yang bermesyuarat setakat ini, sejak 9 Oktober. Beliau memerlukan 14 lagi sokongan untuk layak pertandingan. |